Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan

Pengumuman pelantikannya dibuat menerusi Facebook Tourism Malaysia

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Manoharan Periasamy telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) bagi menggantikan Datuk Ammar Abd Ghapar.

Pengumuman pelantikannya dibuat menerusi Facebook Tourism Malaysia, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada beliau.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. En Manoharan Periasamy atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia,’’ kata hantaran berkenaan..

Jawatan Ketua Pengarah LPPM sebelum ini menjadi kontroversi selepas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menurunkan pangkat Ammar ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah.

Alasan yang diberikan oleh King Sing ialah keputusan itu dibuat kerana beliau tidak berpuas hati dengan prestasi Ammar.

Ia bagaimanapun mencetuskan kritikan ramai termasuk daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar, apatah lagi keputusan dibuat secara mengejut dan notis dikeluarkan dalam tempoh singkat.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menjelaskan bahawa bidang kuasa untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

“Sebenarnya bidang kuasa untuk melantik Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah kuasa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, di bawah Akta 481 iaitu kuasa menteri untuk melantik dan menamatkan perkhidmatannya.

“Kadang-kadang kita perlu beri penjelasan kepada rakyat kerana saya difahamkan isu ini berlaku dan ditularkan, dalam surat pewartaan yang dikeluarkan mengatakan ia di bawah bidang kuasa menteri berkenaan, jadi apa-apa penjelasan adalah daripada menteri terbabit,” katanya. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Let Rukun Negara be our guide – Ravindran Raman Kutty

For those of you, dear Malaysians, who have forgotten our Rukun Negara, I would like to remind everyone of them… these words of gold were the basic tenets of national unity.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last minggu.

Halal certificate application decisions must be swift, within 30 days: Zahid

Decisions on applications for halal certificates must be made within 30 working hari, and there should be no excuse for delays, Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said.

Related