Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709098253:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 294
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 172366
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:84:"Beliau turut ditawarkan tuduhan rasuahnya akan digugurkan sekiranya berbuat demikian";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Wan Saiful Wan Jan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau diajak dan diugut supaya menyokong
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748426836";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748658009";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748658009
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

)
Saya diajak, diugut supaya sokong PM: Wan Saiful | Scoop

Saya diajak, diugut supaya sokong PM: Wan Saiful

Beliau turut ditawarkan tuduhan rasuahnya akan digugurkan sekiranya berbuat demikian

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau diajak dan diugut supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah dakwanya, beliau turut ditawarkan habuan termasuklah diberi peruntukan wakil rakyat bernilai RM1.7 juta selain tuduhan rasuah yang dihadapinya akan digugurkan.

“Saya merupakan antara puluhan ribu rakyat yang mengidolakan Tambun. Apa yang saya tak sangka selepas saya menang PRU-15, saya berdepan siasatan SPRM, diheret ke mahkamah.

“Betapa saya langsung tidak menyangka hal ini akan dilakukan kepada saya. Tapi apa yang lebih saya tak sangka, apa yang berlaku selepas pendakwaan.

“Saya telah beberapa kali diajak malah diugut untuk menyokong Perdana Menteri. Bertubi-tubi mereka menghubungi saya melalui telefon sehingga saya akhirnya saya ambil keputusan tak apalah jom kita jumpa,” katanya.

Dedah beliau, pertemuan pertama berlaku di sebuah hotel di ibu negara pada 17 Januari lalu.

“Sebut pasal langkah, Langkah Westin. Kemudian di JW Marriott, pindah tempat… Langkah Marriott. Selepas perjumpaan itu, saya diam. Salah seorang bertemu itu, kawan saya tapi saya tak nak calarkan nama. Jadi saya diam tak buat apa-apa.

“Sehinggalah pada istiadat pembukaan Parlimen Isnin lepas, saya didekati sekali lagi sebelah petang. Saya diajak berjumpa di Corus Hotel, Jalan Ampang… Langkah Ampang nak panggil. Kemudian tengah malam Isnin, malam itu kami ada mesyuarat pre council Perikatan Nasional.

“Tengah malam telefon datang. Dia jumpa di Saujana Subang. Nak panggil apa? Langkah Saujana. Saya terpaksa entertain (layan) perjumpaan-perjumpaan ini sebab mereka ada kuasa. Tak tahu apa yang di luar jangka yang boleh dilakukan kepada saya. Saya ada rekod mengenai semua ini. Jadi jangan cuba nak persoalkan, nanti saya dedahkan satu persatu,” katanya.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan mempersoalkan kenyataan Wan Saiful yang didakwa sebagai bersangka jahat.

SN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan Peraturan 36(6) merujuk kenyataan Tasek Gelugor yang mengatakan ada habuan jika menyokong Perdana Menteri sebagai ada sangkaan jahat, sambil mencabar Wan Saiful membuat laporan jika ia benar.

“Kalau ada bukti, laporlah. Kenapa takut? Saya cabar (Tasek) Gelugor, kalau anak jantan buat report (laporan),” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kemudian memutuskan bersetuju dengan apa dibangkitkan Rayer, dengan alasan ia sangkaan tidak baik.

“Kita tidak tahu individu ini wujud atau tidak. Atau dia juga berlakon seperti penyokong. Jadi saya ingat ‘naration’ itu berhenti di situ. Move forward please,” katanya. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Related