Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709196319:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 489
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 172406
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:153:"Panel hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin telah terkhilaf dalam keputusannya ";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => muhyiddin yassin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Panel hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin telah terkhilaf dalam keputusannya
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750953245";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750953245
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Tuduhan 4 kes rasuah RM232.5 juta kekal, Muhyiddin Yassin kembali ke Mahkamah Sesyen | Scoop

Tuduhan 4 kes rasuah RM232.5 juta kekal, Muhyiddin Yassin kembali ke Mahkamah Sesyen

Panel hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin telah terkhilaf dalam keputusannya

3:09 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat tuduhan menyalah guna kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu menerusi projek Jana Wibawa.

Dalam keputusan sebulat suara itu, panel hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 15 Ogos lalu telah terkhilaf dalam keputusannya bahawa keempat-empat tuduhan itu tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Ia bermakna keempat-empat tuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut dikembalikan semula di hadapan Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S.M. Komathy Suppiah turut bersidang dalam panel hakim itu.

Hadhariah berkata Mahkamah Rayuan menerima penghujahan daripada pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Presiden Bersatu itu adalah samar-samar, tidak berkesan dan cacat.

“Tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menetapkan cara atau memberi butiran lanjut mengenai bagaimana kesalahan itu dilakukan.

“Oleh itu, kami berpandangan bahawa hakim Mahkamah Tinggi dari segi undang-undang terkhilaf apabila memutuskan bahawa keempat-empat tuduhan itu tidak mendedahkan butiran kesalahan,’’ kata Hadhariah.

Sebutan kes itu ditetapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.

Sementara itu, peguam Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima keputusan hari ini dan akan mempertimbangkan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan itu.

“Jika pihak kami ingin memfailkan rayuan, ia akan dibuat (dalam) tempoh 14 hari. Pihak kami akan hadir di Mahkamah Sesyen pada 4 Mac ini untuk tindakan susulan,” katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Hakim Hadhariah berkata, keempat-empat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu adalah jelas.

Hakim berkata Bersatu merupakan sebuah pertubuhan politik di bawah takrifan persatuan mengikut Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Katanya perayu berhujah pertubuhan politik itu termasuk dalam definisi organisasi, yang berada di bawah Seksyen yang sama.

“Kami setuju dengan hujah ini. Kami dapati tiada merit dalam hujah responden (Muhyiddin) bahawa oleh kerana pertubuhan itu tidak disebut dalam Seksyen berkenaan, oleh itu ia tidak boleh dimasukkan dalam definisi persatuan,” katanya.

Beliau berkata pada pandangan mereka, maksud biasa organisasi ialah satu persatuan yang dibentuk bagi tujuan tertentu.

“Oleh kerana sebuah persatuan itu merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan bagi tujuan tertentu, ia termasuk di bawah definisi sebuah organisasi,” katanya.

Peguam Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan wartawan bahawa pasukan perundangan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ‘mempertimbangkan secara serius’ untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan – Azim Rahman/Scoop, 28 Februari, 2024

Dalam pada itu, Muhyiddin, ketika ditemui di luar mahkamah, enggan mengulas mengenai keputusan berkenaan.

Beliau kelihatan muram ketika berdiri di sebelah peguamnya Teh, pada sidang media di situ.

Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu), didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Selain empat pertuduhan, Muhyiddin juga menghadapi dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.

Muhyiddin turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan dengan kes-kes lain. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related