Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709383415:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 272
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 173479
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan ekosistem yang dapat melonjakkan pembabitan bumiputera Sarawak dan Sabah dalam bidang keusahawanan serta ekonomi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KEB 2024
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini akan membantu usahawan bumiputera Sarawak menembusi pasaran
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753062610";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753003316";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753062610
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
KEB 2024: Sabah, Sarawak mahu pinjaman mudah, subsidi dan geran kepada bumiputera diteruskan | Scoop

KEB 2024: Sabah, Sarawak mahu pinjaman mudah, subsidi dan geran kepada bumiputera diteruskan

Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan ekosistem yang dapat melonjakkan pembabitan bumiputera Sarawak dan Sabah dalam bidang keusahawanan serta ekonomi

7:54 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Sarawak mahu Kerajaan Persekutuan meneruskan insentif pinjaman mudah, subsidi, jaminan pinjaman dan geran khususnya bagi usahawan bumiputera baharu di negeri itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini akan membantu usahawan bumiputera Sarawak menembusi pasaran yang lebih luas.

“Bagi Sarawak, penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan dan ekonomi masih perlu diberi penekanan dan dipertingkatkan.

“Usahawan yang baharu menceburi perniagaan perlu dibantu terutama dalam penyediaan premis-premis perniagaan, latihan dan kemahiran dan akses pemasaran.

“Usahawan bumiputera Sarawak perlu dibantu untuk menembusi pasaran lebih luas dan berupaya memenuhi syarat-syarat dan peraturan seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP) Certification dan Halal Certification,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Katanya, ekosistem itu perlu diwujudkan bagi melonjakan penglibatan bumiputera Sarawak dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.

Menurut Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, penglibatan bumiputera Sarawak dalam bidang keusahawanan serta ekonomi masih perlu diberi penekanan dan dipertingkatkan. – Gambar Bernama, 2 Mac, 2024

Awang Tengah berkata, Kerajaan Persekutuan juga perlu mewujudkan dasar lebih holistik, pragmatik dan kerangka kawal selia yang dapat mempermudahkan pentadbiran dan pengurusan.

“Ini termasuklah untuk memudah dan menyelaras segala bentuk bantuan, memudahkan pengurusan perniagaan dan mengurangkan karenah birokrasi serta desentralisasi kelulusan permohonan pembiayaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perlu juga diwujudkan insentif khas seperti modal teroka untuk diuruskan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mengubal dasar supaya beberapa komponen projek besar yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dapat di ‘Carve Out and Compete’ di kalangan kontraktor Bumiputera Sarawak bermula dari peringkat perancangan sehinggalah perlaksanaan.

“Saya berharap KEB 2024 akan dapat meningkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam semua sektor sekali gus membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat di Sarawak.

“Kita mahu menghapuskan kemiskinan dalam kalangan masyarakat kita tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang sekali gus meningkatkan pendapatan dan ekonomi Sarawak,” katanya.

Datuk Seri Hajiji Noor berharap apa juga resolusi yang digarap daripada KEB 2024 akan turut mengambil kira kepentingan masyarakat bumiputera di Sabah. – Gambar Bernama, 2 Mac, 2024

Sementara itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin iltizam politik yang tinggi dan sokongan padu kerajaan Perpaduan, matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan merancakkan ekonomi masyarakat Bumiputera di Sabah, akan lebih mudah tercapai.

Beliau berkata, dasar Hala Tuju SMJ yang bertekad memperkasakan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan, senada dengan tiga ikhtiar yang disyorkan bagi melonjakkan ekonomi Bumiputera, iaitu mewujudkan perbadanan tanah Bumiputera, mewujudkan wakaf pendidikan, kesihatan dan kebajikan, dan mengindustrikan pertanian.

“Begitu juga dengan Enam Tekad Transformasi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan dalam kongres ini, terutama Tekad Kedua dan Ketiga iaitu Menutup Ketirisan Pelaksanaan Dasar dan Mewujudkan Kesetaraan Antara Wilayah/Kaum dan Kelompok, amat tepat pada masanya,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berharap apa juga resolusi yang digarap daripada kongres ini, akan turut mengambil kira kepentingan masyarakat Bumiputera di Sabah.

“Saya juga berharap, apa juga pendekatan yang diambil bagi memperkasa ekonomi Bumiputera Sabah, wajar kaedah atau pendekatan itu diinstitusikan di bawah kawal selia entiti Kerajaan Negeri Sabah.

“Ini bagi memberikan mandat kepada Sabah untuk mengkoordinasi dan menerajui program-program pembangunan sosioekonomi secara efisien, efektif dan bersinergi,” katanya. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

AirAsia’s Fernandes courts controversy again, this time over jab at refund seekers

AirAsia boss Tan Sri Tony Fernandes is in the firing line again, this time for taking a jibe at customers who “moaned about a refund”.

Related