Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709452086:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 199
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 173722
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:134:"Sebelum ini perbezaan kadar dividen simpanan konvensional dan simpanan syariah adalah lebih kurang 0.6% tetapi tahun ini hanyalah 0.1%";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => jurang dividen kwsp
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sebelum ini perbezaan kadar dividen simpanan konvensional dan simpanan syariah adalah lebih kurang 0.6% tetapi tahun ini hanyalah 0.1%
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752207191";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751774291";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:2;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752207191
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Jurang kadar dividen simpanan konvensional, syariah KWSP berkurangan: Amir Hamzah | Scoop

Jurang kadar dividen simpanan konvensional, syariah KWSP berkurangan: Amir Hamzah

Sebelum ini perbezaan kadar dividen simpanan konvensional dan simpanan syariah adalah lebih kurang 0.6% tetapi tahun ini hanyalah 0.1%

3:47 PM MYT

 

TAPAH – Jurang kadar dividen antara simpanan konvensional dan simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2023 telah berkurang berbanding sebelumnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzah berkata sebelum ini perbezaan kadar dividen simpanan konvensional dan simpanan syariah adalah lebih kurang perpuluhan enam (0.6) peratus tetapi tahun ini hanyalah perpuluhan satu (0.1) peratus.

“Kalau tengok dari segi pulangan 5.5 peratus untuk skim konvensional, ia masih antara tertinggi (dividen) di Malaysia pada masa sekarang dan syariah pun 5.4 peratus. Satu pulangan yang amat baik sekali,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, KWSP dalam kenyataan mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion, manakala dividen 5.40 peratus untuk simpanan syariah dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion membawa kepada keseluruhan jumlah agihan pendapatan bagi 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

Pembayaran dividen itu menandakan peningkatan yang ketara dari 2022, yang mana kadar dividen berada pada 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata memandangkan Malaysia semakin menjadi negara menua, beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya membuat simpanan yang mencukupi untuk hari persaraan mereka.

“Kita kena menyimpan secukupnya untuk masa kita nak bersara. (Sebagai contoh) KWSP lebih lama dia (ahli) simpan lebih banyak the compounding effect (impak ketara) akan ada, lebih cukup simpanan untuk semua ahli,” katanya.

Terdahulu hari ini, beliau menghadiri sesi turun padang ke Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasar raya di sini, sebelum ke Program Rintis Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 di kawasan pedalaman bagi Masyarakat Orang Asli di daerah Batang Padang di sini. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Widad, Tanco unaware of reasons for volatile trading

Widad Group Bhd, in a response to a Bursa Malaysia query, said it was not aware of any corporate development relating to the group’s business that has not been previously announced that Mei account for the activity, including those in the negotiation stage or discussion for several business proposals which were still under preliminary discussions.

Fix the grassroots, and sponsorship issues will follow: Chong Wei

Badminton legend says state associations and clubs are not doing enough to support young players and create a stronger ecosystem

Petros to take over natural gas trading in Sarawak from July 1

Transition period for switch from Petronas to state’s oil firm until Jan 2025

Related