Showcase dihadiri 6,000 peminat, Butterfingers, Hujan, Bunkface buktikan masih gergasi band Indie

Showcase itu dianggap mencipta sejarah kerana ketiga-tiga band Indie berlainan genre buat julung kalinya disatukan di atas pentas yang sama

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 6,000 peminat band muzik Butterfingers, Hujan dan Bunkface hadir memeriahkan persembahan mereka di showcase Und3rground yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi.

Showcase itu juga boleh dianggap mencipta sejarah tersendiri kerana ketiga-tiga band muzik Indie yang berlainan genre berkenaan buat julung kalinya disatukan di atas pentas yang sama.

Persembahan yang diadakan sempena ulang tahun Hitman Group Ke-15 anjuran anak syarikatnya, Hitman Solutions itu juga berjaya mengembalikan semula nostalgia dan kegemilangan ketiga-tiga band tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, mereka memilih mengadakan showcase Und3rground bagi meraikan tahun ke-15 penubuhan Hitman Group sebagai penghargaan kepada perjalanan perniagaan yang mereka terajui dengan usaha keras diusahakan selama beberapa dekad seiring pengalaman ketiga-tiga band berkenaan.

Dikenali sebagai ‘Nirvana Malaysia’, Butterfingers mempersembahkan karya ‘grunge’ nostalgia mereka seperti Taman Tasik Perdana, Tentang Tentang dan Garden City Of Lights nyata mengimbau kenangan masa lalu. – Gambar PR, 3 Mac, 2024

“Ia adalah kombinasi yang bersesuaian dengan kejayaan diraih oleh pengkarya indie negara, bermula dari bawah sehingga dikenali dan disegani, di samping menyediakan platform untuk pengusaha bebas,” katanya.

Showcase yang bermula pada pukul 8 malam dan berlangsung selama tiga jam menyaksikan persembahan hebat daripada ketiga-tiga band indie berkenaan.

Ia kemudian disusuli dengan showcase persembahan selama 45 minit dari setiap band indie itu.

Butterfingers yang dikenali sebagai ‘Nirvana Malaysia’ dianggotai Loque, Emmett, Loko dan Kadax mempersembahkan karya ‘grunge’ nostalgia mereka seperti Taman Tasik Perdana, Tentang Tentang dan Garden City Of Lights nyata mengimbau kenangan masa lalu.

Hujan yang dianggotai Noh Salleh, AG Coco, Azham dan Izzat menampilkan gabungan muzik alternative rock dan jazz menerusi lagu Lonely Soldier Boy, Kotak Hati serta Mencari Konklusi. – Gambar PR, 3 Mac, 2024

Sementara itu, kumpulan Hujan yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Azham dan Izzat, begitu kental dengan gabungan muzik alternative rock dan jazz, mengubati rindu peminat mereka dengan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama band tersebut seperti Lonely Soldier Boy, Kotak Hati dan Mencari Konklusi.

Bunkface mempersembahkan nukilan hits mereka seperti Darah Muda, Ekstravaganza, Revolusi dan beberapa lagu baharu. – Gambar PR, 3 Mac, 2024

Bunkface yang muncul sekitar tahun 2005 dan sering dipengaruhi dengan muzik Sum 41 dari Kanada, menggamatkan keadaan dengan nukilan hits mereka seperti Darah Muda, Ekstravaganza, Revolusi dan juga beberapa lagu baharu. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Set aside differences: follow T’ganu’s lead putting unity first on National Day

State governments led by the opposition should emulate the Terengganu government’s move to use the same National Day logo and theme as the federal government.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last week.

Fahmi defends MCMC enforcement actions against local website

Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil has defended enforcement actions by the Malaysian Communications and Multimedia Commission against a local website.

Related