Pesilat Sukma meninggal dunia: Kementerian tunggu laporan Pesaka

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Belia dan Sukan sedang menunggu laporan daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengenai insiden yang menyebabkan kematian atlet Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin semalam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, laporan berkenaan adalah penting untuk mengetahui sama ada penganjur patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) pertandingan atau sebaliknya.

“Saya ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati saya kepada keluarga Allahyarham Wan Muhammad Haikal.

“Kita tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, tetapi penganjur perlu mematuhi SOP yang perlu diselaraskan dengan Pejabat Persuruhjaya Sukan.

“Di dalam Kod Sukan Selamat juga ada menyebut tentang tanggungjawab penganjur yang perlu mengikuti SOP tentang penyediaan ruang selamat untuk pertandingan,” katanya ketika sesi soal jawab pada sesi pagi tadi.

Semalam, atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, dekat Seremban, petang semalam.

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

Susulan kejadian itu, Pesaka telah membatalkan semua kejohanan melibatkan atlet daripada 12 negeri di Terengganu bagi menghormati pemergian Allahyarham. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Popular

‘Why is Ebit Lew there?’ Viral umrah send-off video sparks controversy

Criticism grows as the controversial preacher, facing sexual offence charges, is seen sending off pilgrims at KLIA

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi lawat Malaysia

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah akan melawat Malaysia dari 26-27 Ogos, untuk meningkatkan kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Tighten measures to combat online harm and cybercrimes – Derek Fernandez

With high rates of such issues, Malaysia still lacks digital sovereignty in terms of regulating these platforms particularly in holding themselves and users accountable

Related