Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709567709:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 174260
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:149:"Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa di Dewan Rakyat bahawa beliau diajak dan diugut supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Wan Saiful Wan Jan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Usul untuk menggantungkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan selama enam bulan kerana mendakwa
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 244
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753404206";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753404206
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Usul gantung Wan Saiful selama 6 bulan dijangka dibentangkan di Parlimen esok | Scoop

Usul gantung Wan Saiful selama 6 bulan dijangka dibentangkan di Parlimen esok

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa di Dewan Rakyat bahawa beliau diajak dan diugut supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

11:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usul untuk menggantung tugas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang menyalahguna kuasa dijangka dibentangkan esok.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dan Usul-Usul Dewan untuk 5 Mac 2024, usul itu akan dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia bakal diusulkan selepas sesi soal jawab lisan.

“Bahawa pada Rabu, 28 Februari 2024, semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Yang Berhormat Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Korup itu maksudnya menyalahgunakan kuasa. Ampun Tuanku, orang itu yang menyalahgunakan kuasa itu akan menghadap Tuanku setiap minggu sebelum Mesyuarat Kabinet’.

“Dengan itu, secara tersiratnya, Yang Berhormat Tasek Gelugor telah mendakwa bahawa Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang menyalahgunakan kuasa,’’ demikian tulis usul tersebut.

Usul itu turut menyatakan Wan Saiful telah mengeluarkan sangkaan jahat ke atas Perdana Menteri walaupun Yang Dipertua Dewan berulang kali mengarahkan beliau supaya tidak membuat kenyataan demikian.

“Tasek Gelugor telah menggunakan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Kenyataan yang dibuat oleh Tasek Gelugor merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini,’’ kata usul itu.

“Justeru, Ahli Parlimen Tasek Gelugor hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama 6 bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.”

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa di Dewan Rakyat bahawa beliau diajak dan diugut supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah dakwanya, beliau turut ditawarkan habuan termasuklah diberi peruntukan wakil rakyat bernilai RM1.7 juta selain tuduhan rasuah yang dihadapinya akan digugurkan.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan mempersoalkan kenyataan Wan Saiful yang didakwa sebagai bersangka jahat.

Beliau kemudiannya menarik balik tuduhan itu selepas diarahkan oleh Speaker Dewan Rakyat. – 4 Mac, 2034

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related