Grab perluas Program #SisBoleh untuk memperkasakan lebih ramai wanita

Program #SisBoleh mengatasi kerisauan berkaitan keselamatan, membina komuniti wanita yang berdaya dan berdikari serta menghapuskan halangan

8:09 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara, Grab telah memperkenalkan ‘Penumpang Wanita Diutamakan Beta’ yang dilancarkan hari ini, bertujuan meningkatkan kebarangkalian rakan pemandu wanita yang memilih ciri tersebut untuk dipadankan dengan penumpang wanita di kawasan berdekatan.

Untuk menjayakan ciri tersebut, penumpang wanita digalakkan untuk mengemaskini butiran melalui aplikasi Grab.

Menurut Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, ia merupakan peluang besar untuk membina platform yang benar-benar inklusif dan membuatkan mereka berasa dihargai.

Sekumpulan rakan pemandu dan rakan penghantar wanita yang menghadiri sambutan Hari Wanita Antarabangsa Grab Malaysia – Gambar ihsan Grab Malaysia, 5 Mac, 2024

Selain itu, ia juga bagi menggalakkan lebih ramai wanita untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang bakal diadakan dan berkongsi pendapat agar mereka boleh bersama-sama membina platform yang benar-benar mengutamakan wanita.

Sebagai langkah pertama, Grab akan menawarkan kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma, yang biasanya berharga RM150 mulai 8 hingga 31 Mac ini di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk rakan pemandu wanita, demikian menurut kenyataan.

Berikutan peluasan program #SisBoleh ini, ia kini merangkumi dua bahagian baharu iaitu Suai Tugas & Latihan dan Komuniti dengan topik latihan disesuaikan khas untuk wanita seperti latihan keselamatan dalam kenderaan yang merangkumi cara mengendalikan situasi yang mencabar dengan penumpang dan penyelenggaraan kenderaan.

Polis wanita turut hadir pada sambutan itu – Gambar ihsan Grab Malaysia, 5 Mac, 2024

Bahan latihan juga akan disediakan melalui GrabAcademy (portal pembelajaran bagi rakan-rakan Grab).

Pengumuman itu dibuat sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang dianjurkan oleh Grab Malaysia di Johor Bahru, Kuantan dan Lembah Klang untuk rakan pemandu dan rakan penghantar wanita mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad serta Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar@Ismail turut hadir meraikannya.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad serta Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar@Ismail merasmikan program #SisBoleh, yang kini diperluaskan untuk pelbagai jenis aktiviti dan program termasuk latihan, serta membina komuniti wanita – Gambar ihsan Grab Malaysia, 5 Mac, 2024

“Program #SisBoleh layak mendapat pengiktirafan khas kerana memberikan sokongan menyeluruh kepada wanita. Dengan mengatasi kerisauan berkaitan keselamatan, membina komuniti wanita yang berdaya dan berdikari dan menghapuskan halangan, Grab telah menetapkan contoh sebagai platform yang inklusif untuk menyokong penyertaan wanita dalam ekonomi gig,” kata Noraini dalam ucapannya.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Blaze engulfs Melaka shop, four vehicles lost in morning fire

A shop selling kitchenware and plastic items was destroyed by fire in Taman Seri Duyong 2 early this morning, along with four vehicles.

Aug 9 hearing for Daim’s application for different judge in asset declaration case

The former finance minister will be required to attend the proceedings

IoT class participants learn basic coding within two hours at Penang NTW carnival

This includes 11-year-old boy who developed simple coding without prior knowledge 

Related