Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709904886:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 252
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-157346
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-157346
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 175818
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:104:"Ramadan adalah bulan di mana umat Islam mampu meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => ramadan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ramadan adalah bulan di mana umat Islam mampu meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751045604";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751045604
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

)
Usah ikut nafsu, rancang perbelanjaan juadah berbuka puasa elak pembaziran | Scoop

Usah ikut nafsu, rancang perbelanjaan juadah berbuka puasa elak pembaziran

Ramadan adalah bulan di mana umat Islam mampu meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sempena kedatangan Ramadan, mimbar mengingati umat Islam untuk merancang perbelanjaan juadah berbuka puasa bagi mengelak pembaziran makanan.

Menurut khutbah Jumaat bertajuk Persiapan Ramadan–Meraih Ketakwaan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), bulan puasa ialah bulan menguji iman dan ketakwaan umat islam, maka mereka diingatkan supaya tidak mengikut nafsu ketika berbuka puasa.

“Jauhi perbuatan membazir dengan menyediakan makanan yang berlebihan.

Sesiapa sahaja yang mampu menahan hawa nafsunya ketika berbuka, bermakna dia bersedia meningkatkan tahap keimanannya. Gambar sekadar hiasan. Abdul Razak Latif/Scoop, 8 Mac, 2024

“Mengeluarkan perbelanjaan besar yang mengandungi unsur-unsur pembaziran kerana didorong nafsu untuk menjamu selera secara berlebihan, seolah-olah ada pesta makanan semasa berbuka puasa mesti dijauhi,” katanya.

Susulan itu, katanya, sesiapa sahaja yang mampu menahan hawa nafsunya ketika berbuka, bermakna dia bersedia meningkatkan tahap keimanannya.

“Ketika seseorang yang berpuasa berjaya menahan serta mengawal keinginan nafsu, bermakna hati dan akalnya sentiasa bersedia menerima petunjuk Ilahi, sehingga gemar melaksanakan amal kebaikan dan cenderung membuktikan ketaatan kepada Allah SWT.

“Inilah yang dinamakan takwa, matlamat utama untuk dicapai dalam bulan Ramadan,” katanya.

Pada masa sama, teks khutbah itu menegaskan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam mampu meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Mimbar turut mengajak semua umat Islam untuk bermuhasabah diri sebagai persediaan dan persiapan untuk melangkah masuk ke dalam bulan penuh keberkatan itu – Azim Rahman/Scoop, 8 Mac, 2024

“Lihatlah Ramadan yang bakal tiba sebagai medan untuk melakukan perubahan diri ke arah insan bertakwa.

“Ramadan ibarat laut yang dilimpahi pelbagai hasil di dalamnya. Beruntung bagi nelayan yang bersungguh-sungguh mengutip hasil sebagai bekalan untuk dibawa pulang,” katanya.

Selain itu, mimbar turut mengajak semua umat Islam untuk bermuhasabah diri sebagai persediaan dan persiapan untuk melangkah masuk ke dalam bulan penuh keberkatan itu.

“Berdoa kepada Allah SWT agar diberi peluang, kesempatan dan kesihatan berupaya melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

“Biasakan diri dengan menggandakan ibadah-ibadah sunat lebih daripada kebiasaan, seperti solat sunat, zikir, istighfar dan selawat,” katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related