Terpulang kepada Syed Saddiq sertai jelajah PN: Fahmi

Fahmi Fadzil menolak cadangan pengasas dan bekas presiden Muda itu akan mengukuhkan naratif PN terhadap Kerajaan Perpaduan

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin bekas sekutu Pakatan Harapan (PH), tetapi menjadi hak prerogatifnya untuk menyertai jelajah seluruh negara yang dirancang Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau menolak cadangan pengasas dan bekas presiden Muda itu akan mengukuhkan naratif PN terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Terpulang kepada (Syed Saddiq). Saya lihat pihaknya tidak bersetuju dengan perkara ini.

“Ia adalah demokrasi… Apa sahaja yang Muar (Syed Saddiq) mahu lakukan, terpulang kepada beliau,” katanya pada majlis di Dewan Masyarakat Taman Seri Sentosa di sini, hari ini.

Fahmi Fadzil sempat beramah mesra bersama orang ramai selepas menyerahkan cermin mata percuma semasa di Program ‘Kem Kesihatan Mata’ di Dewan Masyarakat Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama hari ini – Azim Rahman/Scoop, 10 Mac, 2024

Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Syed Saddiq akan menyertai gabungan itu bagi menjelaskan hal ehwal semasa kepada orang ramai selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, Syed Saddiq adalah “pro-PN” walaupun beliau tidak menyertai gabungan itu atau partinya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi menafikan penglibatan Muda dalam jelajah tersebut sambil menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Syed Saddiq melepaskan jawatannya sebagai presiden Muda pada November tahun lepas selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram, satu pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyeleweng dana berkaitan Bersatu berjumlah RM1.12 juta.

Muda yang bekerjasama dengan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022, menarik balik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai pembangkang tahun lepas bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah dihadapinya. — 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related