3.5 juta warga asing di Malaysia, ratusan juta bil hospital tak terbayar

Berlaku keadaan warga asing tidak melunaskan bil hospital apabila berlaku kelahiran di hospital kerajaan

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan hak kewarganegaraan kanak-kanak akan mengurangkan masalah hutang bil hospital.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana bil hospital tinggi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan adalah akibat kes warga asing melahirkan anak mereka di hospital kerajaan.

“Berlaku di mana warga asing, bersama pasangannya juga, (apabila berlaku) kelahiran bayi di hospital, mereka ‘walk out’ begitu sahaja, dan bil hospital tak bayar.

“Hospital bil yang tak dibayar dalam ratusan juta, sebab itu ditinggalkan begitu sahaja, sebab dia pun tahu di bawah Seksyen 19(b) anak lahir di sini, dia kata boleh dapat terus (kewarganegaraan),” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin juga menegaskan bahawa bilangan warga asing yang meningkat akan mengubah landskap dari segi komposisi di Malaysia.

“Tahun 1963 dulu tak berlaku, sekarang dengan 3.5 juta warga asing dia mengubah landskap dari segi komposisi dalam negara kita, sebab itu pindaan hari ini adalah persiapan hari muka,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mendedahkan bilangan kes kewarganegaraan kanak-kanak yang terkini.

“Ada 140,000 permohonan, yang belum membuat keputusan adalah 49,000. Daripada 49,000 itu, ‘foundling baby’, ‘adopted children’ and ‘children born out of wedlock’, ini jumlahnya 14,000.

“Yang itu kita akan selesaikan berdasarkan kepada pindaan dan peraturan yang sekarang ini akan kita bentangkan sebagai panduan kepada pemohon,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Kabinet meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Saifuddin berkata, susulan keputusan mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, sesi penerangan akan diteruskan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Antara pindaan perlembagaan yang dicadangkan termasuk menurunkan usia maksimum memohon kewarganegaraan daripada 21 tahun kepada 18 tahun. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related