Wanita kecewa nasi ayam untuk berbuka puasa berlendir, tak sangka ramai kongsi nasib sama

Wanita tersebut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peniaga yang tidak jujur dan ikhlas dalam berniaga ketika Ramadan

1:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita untuk berbuka puasa dengan nasi ayam dibeli ibunya terbantut apabila juadah itu didakwa sudah basi.

Menerusi video yang tular di platform X, wanita tersebut menunjukkan keadaan nasi tersebut yang jelas kelihatan berlendir.

“Sumpahlah, macam nilah mak belikan nasi ayam kat bazar. Baru nak makan nasi tengok… berlendir weh,” katanya.

Susulan itu, wanita tersebut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peniaga yang tidak jujur dan ikhlas dalam berniaga ketika Ramadan.

“Asal kau berniaga macam ni, Ya Allah terkilannya. Bukan apa kalau orang susah macam mana, makan benda macam ni,” katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan mengecam sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata.

“Macam makin ramai pula (peniaga) macam ni. Jenis aniaya orang, lepas tu kaut duit kaw-kaw. Sedih weh, berharap nak hilangkan lapar berpuasa kena aniaya macam ni,” kata @suffian_Khair.

“Kalau kena dekat diri sendiri memang esok aku minta balik refund (bayaran balik) dekat penjual. Pernah aku beli koktail buah-buahan, benda dua kali tau basi,” kata @kinoee2.

Semenatra itu, seorang netizen turut berkongsi pengalamannya mendapat cuti sakit selama dua hari kerana keracunan makanan.

“Saya dah hari kedua MC sebab keracunan makanan, makan jelly kelapa. Seksa,” kata @suha_azimi.

Seorang pemuda juga mengalami nasib sama kerana sakit perut selepas menikmati nasi beriani yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Puncak Jalil 3, kelmarin.

“Semalam (kelmarin) beli nasi beriani kambing dekat bazar Puncak Jalil 3. Nasi macam kentang lenyek. Kambing macam panaskan dari awal puasa. RM15 untuk makanan tu. Lepas makan, terus sakit perut,” kata @arifjfry.

“Aku semalam pun, beli laksa Penang tapi rasa kuah macam air laut. Masin yang amat. Tong sampah yang kenyang,” kata @RyanIndesense. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related