Isytihar harta: Mirzan diberi tempoh sebulan lagi, Mokhzani sehingga 25 Mac ini

Kedua-dua anak Tun Dr. Mahathir Mohamad itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Mirzan Mahathir diberi tempoh sebulan lagi bagi mengisytihar harta seperti dituntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Scoop hari ini.

Ini bermakna, Mirzan yang juga anak kedua kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu diberikan tempoh sehingga 15 April ini untuk mengisytihar harta kepada SPRM.

Mirzan sebelum ini diberikan tempoh antara 15 Januari sehingga 15 Februari untuk berbuat demikian namun memohon untuk melanjutkannya sehingga 15 Mac (semalam).

“Beliau ada membuat permohonan dan lanjutan diberikan sehingga 15 April ini,” katanya.

Azam berkata, seorang lagi anak Dr. Mahathir iaitu Tan Sri Mokhzani sebelum ini diberikan tempoh sehingga 25 Mac ini untuk mengisytihar harta kepada SPRM.

Mokhzani pada awalnya diberikan tempoh 25 Januari sehingga 25 Februari untuk mengisytihar harta dan memohon untuk dilanjutkan sehingga 25 Mac ini.

Ditanya sama ada Mokhzani ada membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh sebulan lagi, katanya ringkas: “Belum”.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini Mokhzani belum memohon untuk melanjutkan tempoh mengisytihar harta sekali lagi. – Azim Rahman/Scoop, 16 Mac, 2024

Dalam pada itu sumber memberitahu, kedua-dua ahli perniagaan itu memiliki aset di luar negara dan memerlukan masa untuk mengisytihar harta.

“Disebabkan ada sekatan tertentu, mereka memohon untuk ke luar negara (bagi menyelesaikan dokumen-dokumen isytihar harta),” katanya.

Pada 18 Januari lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan telah memanggil Mirzan ke ibu pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Mirzan hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi dan satu perintah notis telah disampaikan kepada beliau di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

SPRM berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Hampir sebulan kemudiannya, Mirzan diberikan tempoh 30 hari lagi bagi membolehkan beliau untuk mengisytiharkan hartanya kepada SPRM.

Azam berkata, ahli perniagaan berkenaan telah meminta lanjutan bagi mengisytiharkan harta termasuk aset alih dan tidak alih dimilikinya.

Pada 26 Januari pula, SPRM telah menyerahkan satu perintah notis kepada Mokhzani untuk beliau mengisytihar harta di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Mokhzani dilaporkan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001.

Namun pada 20 Februari lalu, beliau telah memohon untuk melanjutkan tempoh sebulan lagi bagi mengisytihar harta.

Dalam satu kenyataan bersama pada 8 Februari lalu, Mirzan dan Mokhzani menegaskan, mereka sedang menyusun maklumat mengenai pengisytiharan aset seperti diminta SPRM.

Mereka berkata, penyusunan itu memerlukan penglibatan pelbagai pihak berkaitan untuk membantu dan menasihati mengenai proses terbabit. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related