Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710653292:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_46974b2a28f95c37bcabb03693fa8e74] => Array
        (
            [0] => 
Rasuah, ketirisan cukai RM400 juta: 5 kakitangan Kastam ditahan SPRM
) [_oembed_time_46974b2a28f95c37bcabb03693fa8e74] => Array ( [0] => 1710652501 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 178701 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"Kenderaan tersebut milik individu dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => kenderaan mewah ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Kenderaan tersebut milik individu dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 67 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 60 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count] => Array ( [0] => 297 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751008323";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1751008323 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
SPRM sita 8 kenderaan mewah bernilai RM6 juta | Scoop

SPRM sita 8 kenderaan mewah bernilai RM6 juta

Kenderaan tersebut milik individu dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.

Menurut sumber, kenderaan-kenderaan berkenaan terdiri daripada dua Lamborghini dan Toyota serta masing-masing sebuah kereta jenama Lexus, Mercedes, BMW dan Volvo.

Ia disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, sejak Isnin lalu dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kenderaan-kenderaan ini disita daripada beberapa individu yang berjawatan sebagai pemilik syarikat serta orang tengah yang membuat bayaran wang sogokan kepada pegawai-pegawai di sebuah agensi penguat kuasa,” katanya.

Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Kegiatan penyeludupan sindiket ini dipercayai telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang dianggarkan lebih daripada RM400 juta dan telah memberi wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan kegiatan penyeludupan.

Sindiket ini dipercayai telah menggunakan modus operandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan sitaan terhadap lapan kenderaan mewah berkenaan dan individu-individu yang ditahan telah disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Baru-baru ini Scoop melaporkan mengenai tindakan SPRM menahan lima kakitangan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disyaki menerima rasuah.

Ia melibatkan dakwaan melepaskan barang iaitu barang yang tidak diperiksa dan pengurangan cukai melibatkan nilai ketirisan berjumlah RM400 juta. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related