Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710663798:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_1086386589691902c7d620a2b6e464d1] => Array
        (
            [0] => 
Mutang Tagal angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara
) [_oembed_time_1086386589691902c7d620a2b6e464d1] => Array ( [0] => 1710661944 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 268 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748460154";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748743853";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:16;i:1;i:2;i:1;}}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 6 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1748743853 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 178753 ) [_stopmodifiedupdate] => Array ( [0] => 1 ) [_modified_date] => Array ( [0] => ) [footnotes] => Array ( [0] => ) [_edit_last] => Array ( [0] => 33 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-140984 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-140984 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:122:"Tegas beliau, Dewan Negara perlu dilihat berkesan sama seperti Senat Amerika Syarikat dan House of Lords di United Kingdom";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Mutang Tagal ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal mahu Menteri untuk hadir menjawab serta mendepani idea-idea, isu dan persoalan ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 65 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 3 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) )
Menteri, sila hadir sidang Dewan Negara, jangan hanya wakilkan Timbalan Menteri: Mutang Tagal | Scoop

Menteri, sila hadir sidang Dewan Negara, jangan hanya wakilkan Timbalan Menteri: Mutang Tagal

Tegas beliau, Dewan Negara perlu dilihat berkesan sama seperti Senat Amerika Syarikat dan House of Lords di United Kingdom

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal mahu Menteri untuk hadir menjawab serta mendepani idea-idea, isu dan persoalan dibangkitkan Senator di sidang Dewan Negara, bukannya meneruskan sikap sebelum ini apabila hanya mewakilkan Timbalan Menteri.

Sidang Dewan Negara akan berlangsung selama 12 hari, bermula hari ini sehingga 4 April.

Bercakap kepada Scoop, Mutang berkata, pihaknya merayu setiap Menteri supaya ‘menghapuskan’ sikap dahulu dan terbuka kepada sikap baharu yang progresif dan dinamik untuk diamalkan.

Ini kerana tegasnya, Dewan Negara perlu dilihat berkesan sama seperti Senat Amerika Syarikat (AS) dan House of Lords di United Kingdom.

“Jika Menteri tidak sanggup untuk menghadapi Senator di Dewan Negara, itu masalah mereka, (tetapi) rakyat dan negara akan rugi oleh kerana tidak mendapat idea-idea yang bernas daripada Menteri,” katanya hari ini.

Untuk itu beliau menegaskan, Dewan Negara tidak sepatutnya dilabel serta dianggap sebagai ‘pak turut’ atau ‘rubber stamp’.

“RUU (Rang Undang-Undang) yang dilulus oleh Dewan Rakyat apabila dibentang di Dewan Negara, akan diteliti, disemak, dibahas dengan mata kritis oleh ahli Senator sebelum diluluskan.

“Tidak benar anggapan bahawa Dewan Negara adalah ‘rubber stamp’ kepada kerajaan. Sebagai negara yang berdaulat, yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan pembahagian kuasa di antara tiga badan kerajaan iaitu badan Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman oleh Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan kerajaan ini mengamal doktrin ‘separation of powers’.

“Jika tidak, negara kita akan menjadi totalitarian, di mana kuasa total dipegang oleh satu pemimpin saja,” katanya.

Dalam pada itu beliau mengharapkan ahli-ahli Dewan Negara supaya berbahas dan berucap secara profesional dan intelektual mengenai RUU, usul-usul, soalan-soalan serta isu semasa dengan penuh keyakinan, komitmen serta dengan hujah-hujah bernas dan membangun bagi mencari solusi kepada semua perkara.

Mutang yang merupakan suku kaum Lun Bawang dari Lawas di utara Sarawak dan seorang pengamal undang-undang, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 19 Februari lalu. – Gambar Bernama, 18 Mac, 2024

“Saya juga meminta agar media membuat liputan yang saksama di Dewan Negara dan jangan menganaktirikan Dewan Negara.

“Masalah bukan dengan Dewan Negara tetapi dengan media yang kurang melapor dan menerbit perbahasan ahli Senator di Dewan Negara. Sebenarnya mutu dan kualiti perbahasan di Dewan Negara amat tinggi memandangkan kemahiran serta pengalaman ahli Senator amat luas dan mendalam.

“Pihak awam mempunyai hak untuk mendapat hujah-hujah yang bernas daripada Senator mereka,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu.

Mutang merupakan suku kaum Lun Bawang dari Lawas di utara Sarawak dan seorang pengamal undang-undang.

Dilahirkan pada 5 Oktober 1954, beliau berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990.

Beliau merupakan lepasan Bachelor Undang-Undang dari Universiti Malaya dan kemudiannya melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Curtin University.

Pada 12 Januari 2017, beliau dilantik sebagai Konsul Kehormat Romania di Sarawak.

Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Muda’s asset rankings: Kalyana, Siva Prakash revealed as wealthiest candidates

Two of Muda’s candidates for the six state elections, Kalyana Rajasekaran Teagarajan and R. Siva Prakash, appear to have the most assets compared to other hopefuls from the youth-based party.

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

‘Tak sensitif’ Pemuda PAS Pahang pula desak Konsert Siti Nurhaliza, Pesta Muzik Kuantan ditunda

Penganjuran konsert dalam suasana Ramadan yang bakal menjelma patut dibatalkan atau ditangguhkan kerana ia seolah-olah menunjukkan tiada sifat sensitiviti dengan suasana dan keadaan semasa

Related