Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710774794:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 218
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 179253
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:146:"Kerajaan peka bahawa penurunan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => nilai ringgit
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan peka bahawa penurunan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 48
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751044796";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751044796
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
B40 lebih mudah terkesan dengan penyusutan nilai ringgit, 35.4% perbelanjaan untuk makanan minuman | Scoop

B40 lebih mudah terkesan dengan penyusutan nilai ringgit, 35.4% perbelanjaan untuk makanan minuman

Kerajaan peka bahawa penurunan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah

11:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memahami isi rumah khususnya golongan B40 lebih terdedah kepada penyusutan nilai ringgit disebabkan oleh bahagian perbelanjaan mereka yang lebih besar untuk makanan dan minuman.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), ia merangkumi 35.4 % daripada jumlah perbelanjaan bulanan golongan tersebut.

“Kerajaan mengakui impak penyusutan nilai ringgit adalah lebih tinggi terhadap barangan import, termasuk makanan yang merangkumi daging dan tenusu, ikan serta makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Keadaan ini menyebabkan golongan ini lebih sensitif kepada pergerakan kadar pertukaran disebabkan kandungan import yang lebih tinggi,” kata kementerian tersebut dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Datuk Larry Sng Wei Shien (Julau- PBM) ingin mengetahui impak dan kesan penurunan nilai mata wang ringgit sepanjang tahun terhadap prestasi ekonomi negara khususnya pendapatan isi rumah dan sektor pengilang.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan harga komoditi global yang menyederhana, ia sedikit sebanyak membendung sebahagian kesan penurunan nilai ringgit terhadap inflasi.

Tambahnya, kerajaan peka bahawa penurunan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah.

“Berdasarkan analisa yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), penurunan sebanyak 5% dalam kadar pertukaran ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (USD) dikaitkan dengan kenaikan sekitar 0.2 mata peratusan secara purata dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

“Namun, impak penyusutan nilai ringgit terhadap IHP adalah terkawal,” kata MOF. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related