Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710846597:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 231
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 179507
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:85:"Sudah ada beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai individu mengenai isu berkenaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => isu stoking
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sudah ada beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai individu mengenai isu berkenaan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753214121";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753214121
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

)
Sudah ada sejumlah laporan isu stoking, biar polis uruskan: Saifuddin | Scoop

Sudah ada sejumlah laporan isu stoking, biar polis uruskan: Saifuddin

Sudah ada beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai individu mengenai isu berkenaan

5:54 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada polis untuk memanggil mana-mana pihak bagi melengkapkan siasatan membabitkan isu stoking kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana sudah ada beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai individu mengenai isu berkenaan.

“Sudah ada sejumlah laporan polis, biar hal itu diuruskan oleh polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan isu terbabit dan sama ada polis sudah memanggil rangkaian kedai serbaneka, KK Super Mart bagi membantu siasatan.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Sabtu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Susulan isu terbabit, Pemuda Umno memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Malah, hari ini Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu berkenaan.

Seri Paduka Baginda bertitah, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, baginda mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja.

Dalam pada itu, mengenai kes pembaca berita dan pengacara yang menyifatkan tindakan polis sebagai kasar, sombong dan tidak beretika ketika menjalankan tugas, Saifuddin berkata, kes terbabit akan ditangani dengan adil.

Beliau berkata, ia bagi mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Saya punya prinsip mudah iaitu dengar kedua-dua versi supaya kita berlaku adil dan kita dapat dari dua, dua versi, ia termasuk versi pengadu dan versi anggota polis yang bertugas barulah kita boleh tahu kedudukan sebenar.

“Oleh kerana hal ini sekarang sedang diuruskan, kita tunggu keputusan, polis tidak selamanya betul dan pengadu juga ada buat silap. Jadi dalam kes ini, jelas di mana pengadu ada versi dia,” katanya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

Anwar to deliver special address at 9pm today

PM says will explain ‘various issues both domestically and internationally’

Related