Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710980381:16
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 268
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 180032
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:113:"PM berkata, kedua-dua pihak bertekad memperkukuh hubungan dua hala mencakupi pelbagai aspek dan bekerjasama rapat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Anwar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto yang dipilih sebagai Presiden Indonesia selepas memenangi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753490957";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753490957
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => anwar-pemimpin-pertama-ucap-tahniah-kemenangan-prabowo
        )

)
Anwar pemimpin pertama dunia ucap tahniah kemenangan Prabowo | Scoop

Anwar pemimpin pertama dunia ucap tahniah kemenangan Prabowo

PM berkata, kedua-dua pihak bertekad memperkukuh hubungan dua hala mencakupi pelbagai aspek dan bekerjasama rapat

8:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto yang dipilih sebagai Presiden Indonesia selepas memenangi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.

Ucapan itu dibuat Perdana Menteri menerusi panggilan video bersama Prabowo malam tadi.

Anwar berkata, Probowo memaklumkan bahawa beliau adalah pemimpin pertama yang memberikan ucapan itu, selepas pengumuman keputusan rasmi Pemilu.

“Saya menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia, Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai.

“Saya dimaklumkan saya pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau selepas pengumuman keputusan rasmi Pemilu sebentar tadi.

“Ia cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga hampir serta penting,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, dalam perbualan itu, kedua-dua pihak bertekad untuk memperkukuh hubungan dua hala yang mencakup pelbagai aspek sebagai negara jiran.

“Kami berikrar untuk bekerjasama rapat di pelbagai forum pelbagai hala, terutamanya dalam ruang lingkup Asean.

“Selamat maju jaya dan saya menyatakan keyakinan bahawa Bapak Prabowo pasti dapat menggalas mandat diberikan dengan cemerlang, demi kemajuan berterusan serta kemakmuran Indonesia,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilu atau turut dikenali sebagai Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.

Keputusan rasmi itu diumumkan Ketua KPU, Hasyim Asy’ari seperti disiarkan melalui platform rasmi sosial medianya

Berdasarkan kiraan undi di 38 wilayah Indonesia dan 128 pusat pengundian di luar negara, Prabowo-Gibran mendapat 58.6 peratus atau 96,214,691 undi daripada 164,227,475 undi.

Pesaing mereka, pasangan Anies Baswedan–Muhaimin Iskandar memperolehi 24.9 peratus atau 40,971,906 undi, manakala Ganjar Pranowo-Mahfud MD mendapat 16.5 peratus (27,040,878 undi). – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Related