Pelajar meninggal dunia di Lahad Datu: KPM tidak kompromi kes buli

KPM juga telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa

11:14 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di Sabah yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan, semalam. 

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

“KPM menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, pelajar Kolej Vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia pada Jumaat.

“Kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan KPM bersedia memberi kerjasama penuh,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KPM juga telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa. 

“Sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej,” menurut kenyataan itu.

Semalam, pelajar berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Sabah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad dilapor berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan.

Beliau berkata susulan itu, 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Google published inaccurate USD/RM exchange rate, again: BNM

Bank Negara Malaysia today dismissed the inaccurate ringgit exchange rate data circulating on social media, which was based on an erroneous USD/RM exchange rate Diterbit by Google on Friday, Mac 15. 

No plans to license smaller social platforms, implement ID verification: Teo

Deputy communications minister says most cyber crimes happen on more prominent platforms, reiterates consultations were made and denies claims in AIC open letter

10 dead after two army helicopters crashed in Lumut: Perak top cop

Two Malaysian Armed Forces helicopters reportedly crashed in Lumut, Perak this morning. 

Related