Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711190260:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 315
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 180887
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752211423";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752285738";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752285738
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:138:"Pemandu lori kontena  direman tiga hari bagi membantu siasatan, namun hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan didapati negatif";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => konvoi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pemandu lori kontena direman tiga hari bagi membantu siasatan, namun hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan didapati negatif
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Dua maut, empat cedera konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh lori | Scoop

Dua maut, empat cedera konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh lori

Pemandu lori kontena direman tiga hari bagi membantu siasatan, namun hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan didapati negatif

6:37 PM MYT

 

BATU PAHAT — Dua lelaki warga Singapura maut manakala empat lagi cedera parah selepas kumpulan konvoi bermotosikal mereka dirempuh sebuah lori kontena di lorong kecemasan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara antara Yong Peng-Pagoh di sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata akibat kemalangan itu, Mohamad Firman Nordin, 26, dan Mohammad Shahfiq Irman, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk bedah siasat. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan tujuh motosikal dan sebuah lori kontena itu pada kira-kira 3 pagi. 

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika konvoi bermotosikal disertai lapan lelaki itu dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Pagoh, Muar untuk bersahur, sebelum tayar motosikal seorang daripada mereka pancit dan dia kemudiannya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng. 

“Menyedari hal itu, tujuh orang daripada mereka (yang berada) di hadapan telah memberhentikan motosikal dan menunggu di lorong kecemasan, sebelum dirempuh lori kontena dari arah sama yang hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ismail berkata empat lelaki yang cedera parah telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. 

“Bagaimanapun, pemandu lori berusia 33 tahun bersama-sama kelindan yang berusia 29 tahun itu serta seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Pemandu lori kontena yang berasal dari Kedah itu direman tiga hari bagi membantu siasatan, namun hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan didapati negatif,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

E-hailing driver lured to palm plantation before being murdered, prosecution reveals

The prosecution in the trial of six policemen and a civilian who are charged with killing an e-hailing driver will adduce to show that the murder took place on January 13, 2023, where the deceased was lured out of a hotel in Tawau and ordered to drive with others in a car to an oil palm plantation where he was killed.

King makes personal donation to Elmina crash victim’s wife

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah made a personal donation to Adlina Aisyah Ahmad Rusli, the wife of Idris Abdol Talib @ Ramali, one of the victims who perished in a private jet crash on the Guthrie Corridor Expressway, near Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, on Thursday.

Sanusi tak setuju harga beras putih tempatan diapung, ‘saya bimbang…’

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak bersetuju sekiranya harga beras putih tempatan (BPT) diapungkan

Related