Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711417100:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 181320
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:114:"Sistem itu boleh mengelakkan ketirisan serta pembaziran subsidi kepada pihak tidak layak daripada mendapat bantuan";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => data sistem padu
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sistem itu boleh mengelakkan ketirisan serta pembaziran subsidi kepada pihak tidak layak daripada mendapat bantuan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 242
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750719882";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:23;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750957804";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750957804
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tidak perlu bimbang data sistem Padu bocor, amat sukar berlaku penipuan: Pakar | Scoop

Tidak perlu bimbang data sistem Padu bocor, amat sukar berlaku penipuan: Pakar

Sistem itu boleh mengelakkan ketirisan serta pembaziran subsidi kepada pihak tidak layak daripada mendapat bantuan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kebocoran data apabila mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu), seperti didakwa segelintir pihak.

Malah, mereka disarankan untuk segera mendaftar sistem berkenaan bagi mendapatkan pelbagai kelebihan subsidi bersasar.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, walaupun tiada 100 peratus jaminan berhubung kebocoran data, amat sukar untuk berlaku aktiviti penipuan dengan hanya berdasarkan kepada akaun bank semata-mata.

“Penipuan (scam) hanya akan berlaku sekiranya pemilik memberikan maklumat sulit dan sensitif seperti nombor TAC terhadap individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

“Saya faham ramai mengaitkan isu sistem Padu ini akan menyebabkan kebocoran data, namun kalau setakat bocor nombor akaun, tiada apa-apa (akan berlaku) kecuali ada ‘additional input’ (maklumat tambahan) diberikan pemilik itu sendiri.

Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, walaupun tiada 100 peratus jaminan berhubung kebocoran data, amat sukar untuk berlaku aktiviti penipuan dengan hanya berdasarkan kepada akaun bank semata-mata – Gambar Bernama, 26 Mac, 2024

“Jadi isu di sini kalau tidak daftar, maka anda tidak dapat bantuan sebab sistem Padu ini bukan sahaja untuk membantu golongan B40, sebaliknya individu layak termasuk M40 yang mempunyai ramai anak dan tanggungan serta tinggal di bandar. Itu semua antara kriteria dipertimbangkan dalam pemberian subsidi bersasar ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan walaupun Sarawak menjadi negeri paling tinggi mendaftar sistem Padu, kerajaan negeri berkenaan mengeluarkan arahan kepada kakitangannya untuk menangguhkan pendaftaran.

Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diperlukan sistem Padu kerana berpendapat, pendaftarannya ibarat ‘menelanjangkan diri’ apabila mendedahkan semua butiran peribadi individu, termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini, berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu.

Dalam pada itu, Ahmed Razman turut menjelaskan tindakan kerajaan mengguna pakai sistem Padu adalah bagi mengelakkan ketirisan serta pembaziran subsidi kepada pihak tidak layak daripada mendapat bantuan berkenaan, seperti mereka yang berpendapatan tinggi (T20) serta warga asing.

Kerajaan melancarkan sistem Padu pada 2 Januari lalu untuk rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat individu secara sukarela – Azim Rahman/Scoop, 26 Mac, 2024

Menurutnya, langkah terbabit dilihat wajar agar golongan layak menerima bantuan dapat memperoleh lebih banyak manfaat menerusi subsidi ditawarkan itu.

“Walaupun setiap tahun kerajaan berjaya tingkatkan hasil (pendapatan negara) tetapi banyak juga berlaku pembaziran subsidi, terutama kepada golongan T20 dan warga asing.

“Pelaksanaan Padu adalah langkah wajar agar setiap penjimatan diberikan menerusi subsidi bersasar ini, boleh disalurkan balik kepada mereka yang layak.

“Ia juga membolehkan banyak manfaat disampaikan kepada mereka seperti subsidi minyak, minyak masak, beras dan keperluan asas lain,” katanya.

Kerajaan melancarkan sistem Padu pada 2 Januari lalu untuk rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat individu secara sukarela.

Sistem itu bukan sahaja diharap membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar di negara ini, tetapi juga bagi menghentikan ketirisan dan kebocoran, sekali gus memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi berkesan.

Bagaimanapun, timbul beberapa dakwaan kononnya sistem itu tidak selamat, digodam dan mendedahkan maklumat peribadi individu, sekali gus mengundang risiko penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memberi jaminan terhadap keselamatan sistem Padu dan berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related