Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711295441:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 181334
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 193
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753547411";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753547411
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"Kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kanak-kanak jatuh
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters hospital | Scoop

Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters hospital

Kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan

11:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.

Beliau berkata siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian, seisi keluarga itu sedang tidur.

“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

With revised guidelines, X now allows ‘consenting’ adult content and nudity 

Adult content on the app must be labelled and not prominently displayed in profile pictures or account banners

Related