Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711433866:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_bce533ef73de980b9ad0836e12455895] => Array
        (
            [0] => {{unknown}}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 286
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 181809
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:119:"Joy juga meminta agar wanita-wanita yang pernah mengenali suaminya sebelum ini agar dapat memaafkan segala perbuatannya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Joy Revfa
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Usahawan produk kecantikan, Joy Revfa mendedahkan ramai dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya yang bimbang dan risau apabila dia
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750722677";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751012551";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751012551
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Memang suami saya dulu ‘playboy’ tapi selepas peluk Islam, dia berubah: Joy Revfa
 | Scoop

Memang suami saya dulu ‘playboy’ tapi selepas peluk Islam, dia berubah: Joy Revfa


Joy juga meminta agar wanita-wanita yang pernah mengenali suaminya sebelum ini agar dapat memaafkan segala perbuatannya

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan produk kecantikan, Joy Revfa mendedahkan ramai dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya yang bimbang dan risau apabila dia mengambil keputusan bernikah dengan jejaka keturunan Cina, Dr Muhammad Andrian Yeah.

Menurut Joy yang juga bekas isteri kepada penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun, kerisauan itu disuarakan kerana mereka bimbang, kalau-kalau dia akan tersilap langkah lagi.

“Di kesempatan ini juga, Joy minta maaf sekiranya ada beberapa orang sahabat dan keluarga yang tak setuju hubungan kami. Joy tahu mereka tak setuju sebab mereka risau dan sayangkan Joy.

“Insya-Allah, Joy yakin dia (Dr Adrian) sememangnya lelaki yang ditakdirkan untuk Joy dan Joy minta semua restukanlah kami berdua,” katanya dalam perkongsian di Instagram miliknya.

Melalui perkongsian itu, Joy turut mengumumkan pernikahannya dengan Dr Adrian yang dilakukan tanpa pengetahuan ramai sebelum Ramadan.

“Patut majlis pernikahan dan perkahwinan kami akan diadakan pada Jun ini, tapi kami rasa macam lama sangat nak tunggu.

“Jadi kami nikah dulu kemudian baru bersanding. Kesian pada suami seorang diri bulan Ramadan tahun ni sebab dia mualaf. Bila dah halal ni senang sikit sahur, berbuka puasa, solat dan belajar agama sama-sama,” katanya.

Joy juga mengakui dia terpaksa mengumumkan perkara itu kerana tidak mahu timbulnya fitnah apabila ada pihak yang melihat dia sering berkepit dan ke sana-sini bersama suaminya itu.

Menurut Joy, suami barunya itu hanyalah sekadar orang biasa.

“Rezeki dialah sebab dia masuk rumah Joy semua, perabot dan kelengkapan sudah tersedia dan dalam bisnes pun, Joy ajak dia sama-sama usahakan sampai berjaya.

“Joy suka sebab hati dia baik, rajin dan sebagai seorang doktor dia sangat ikhlas membantu orang yang sakit. Dia juga lelaki yang tidak kedekut dan tak ambil kesempatan terhadap Joy,” katanya.

Pun begitu, Joy tidak menafikan Dr Adrian sebelum ini seorang yang panas baran dan suka permainkan hati perempuan.

“Tapi lepas memeluk agama Islam dan menjadi seorang suami, dia benar-benar dah berubah. Betapa mahalnya hidayah Allah SWT.

“Kepada wanita-wanita yang pernah mengenali dia, mohon maafkanlah dia. Doakanlah perangai dia boleh berubah jadi lebih baik sampai bila-bila.  Joy juga yakin dia mampu menjadi imam terbaik untuk Joy hingga ke akhir hayat, insya-Allah,” katanya.

Joy pernah mengahwini penyanyi nasyid, Hamiz Hamidun pada 1 Mei 2017. Namun, selepas empat bulan bernikah, mereka bercerai talak satu ‘ba-in Sughra’ (bain sughra) kerana sepanjang perkahwinan mereka tidak pernah menjalinkan hubungan kelamin. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related