Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711795264:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 331
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 183118
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:92:"Bekalan dadah bernilai RM10.3 juta itu, dianggarkan boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => polis rampas dadah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bekalan dadah bernilai RM10.3 juta itu, dianggarkan boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753426497";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:3;i:6;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753426497
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Polis rampas dadah 312.7 kilogram, tahan empat lelaki | Scoop

Polis rampas dadah 312.7 kilogram, tahan empat lelaki

Bekalan dadah bernilai RM10.3 juta itu, dianggarkan boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih

3:27 PM MYT

 

SHAH ALAM — Polis menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 312.7 kilogram dianggarkan RM10.3 juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan itu dilakukan pada Rabu kira-kira jam 7.30 malam di sekitar Selangor, diikuti pemeriksaan susulan di Terengganu dan Kedah.

Katanya, modus operandi sindiket ialah menyeludup syabu dari Thailand menggunakan kenderaan tempatan yang diubah suai dengan ruangan khas.

“Keempat-empat suspek berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun yang ditahan, dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah untuk pasaran tempatan, terutama di Lembah Klang.

“Dadah dirampas ini dianggarkan boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih,” katanya pada sidang media hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dadah jenis syabu seberat 312.7 kilogram yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih – Azim Rahman/Scoop, 30 Mac, 2024

Mendedahkan lanjut, Kok Chin berkata, sebaik dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam, bekalan dadah itu dihantar ke stor penyimpanan di Kedah.

“Apabila keadaan sedikit reda, dadah dibawa ke stor di Selangor, iaitu di sebuah rumah teres dua tingkat di Shah Alam yang juga kawasan kediaman berpengawal,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak Oktober tahun lalu.

Katanya, siasatan lanjut mendapati peranan empat suspek terbabit adalah sebagai transporter bagi membawa dadah berkenaan.

“Dua daripada suspek, iaitu seorang peniaga kosmetik dan seorang pengurus bas persiaran menerima bayaran RM30,000 seorang, bagi tugas perjalanan sehala membawa dadah terbabit dari negara jiran ke Lembah Klang, selain bertindak sebagai koordinator.

“Manakala dua lagi suspek menerima bayaran RM15,000 seorang bagi menjalankan tugas transporter.

“Semakan lanjut mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif,” katanya.

Kok Chin berkata, pihaknya juga menyita pelbagai aset sindiket bernilai lebih RM270,000, membabitkan empat kenderaan, wang tunai dan barang kemas.

“Semua suspek direman enam hari bermula 28 Mac hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related