Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711858201:33
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 183310
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:142:"Penularan video itu berniat mencetus kekecohan dalam isu  agama, bangsa dan institusi raja sehingga beliau ditohmah dengan kata-kata kebencian";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 198
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750740485";s:5:"count";i:4;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:5;i:7;i:4;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751045216";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751045216
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Fadhlina Sidek
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Keratan video kafir diambil di luar konteks, cubaan calar imej, main isu 3R: Fadhlina | Scoop

Keratan video kafir diambil di luar konteks, cubaan calar imej, main isu 3R: Fadhlina

Penularan video itu berniat mencetus kekecohan dalam isu agama, bangsa dan institusi raja sehingga beliau ditohmah dengan kata-kata kebencian

11:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta dan kredibiliti beliau.

Fadhlina juga menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar serta fitnah selain diancam keselamatan.

Menjelaskan mengenai video itu, Fadhlina berkata, video tular itu adalah keratan yang diambil daripada pertemuan tertutup beliau dengan kumpulan tertentu yang telah dirakam dan ditularkan dengan tafsiran di luar konteks untuk mencipta polemik serta bersifat fitnah.

“Poster ini disengajakan penghasilannya untuk mencipta polemik bagi mengherotkan makna asal daripada keratan video tular, yang memaparkan saya sedang berucap dengan menyebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya mengungkapkan istilah ‘kafir’ di rumah.

“Dalam rakaman video tersebut (acara tertutup), saya menyinggung perihal penyebaran sentimen kebencian, sikap ghuluw (melampau) dan gejala takfiri dalam kalangan segelintir masyarakat, sehinggakan menuduh saya dengan tuduhan fitnah, hidup saya tidak berkat kerana saya bekerja untuk orang kafir,” katanya.

“Saya sebutkan, bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah ‘kafir’ yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga non-Muslim (bukan Muslim) yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta.

“Isu sebutan ‘kafir’ atau ‘non-Muslim’ bukanlah tindakan saya melarang penggunaan perkataan dalam al-Quran, apatah lagi menafikan istilah yang digunakan dalam al-Quran,” katanya dalam hantaran itu.

Sebaliknya, Fadhlina berkata, ia adalah isu pemilihan panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian, mengambil contoh tokoh ulama, Almarhum Prof Dr Sheik Yusuf al-Qaradawi dan bekas rektor Universiti Al-Azhar, Prof Dr Ibrahim al-Hudhud yang mengakui penggunaan ‘ghayru Muslim’ (non-Muslim) termasuklah dalam panggilan sosial.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata, pada mulanya beliau tidak berhasrat untuk menjawab isu yang tular kerana mereka yang mendengar ucapan itu dapat menilai konteks sebenar yang hendak disampaikan.

Namun, disebabkan sentimen video tular itu telah menimbulkan ancaman keselamatan terhadap beliau dan keluarga, maka beliau tidak boleh berkrompromi.

“Rakan menasihatkan agar laporan polis dibuat atas faktor keselamatan. Kumpulan peguam menyarankan tindakan undang-undang dan sivil kepada mereka terlibat. ⁠Peguam juga sedang mengumpulkan bukti menerusi media sosial. Kelihatan banyak pengguna media sosial telah bertindak di luar kawalan termasuk terlalu melampau dalam bereaksi,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Fadhlina juga memohon maaf jika telah mengguris perasaan mana-mana pihak atas kesalahfahaman, keterlanjuran kata dan kehilafan dari dirinya.

Semalam, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin membuat laporan polis di Kuching, Sarawak berhubung penularan video tular dan gambar poster Fadhlina itu yang didakwa telah disunting serta bersifat fitnah sehingga menimbulkan reaksi negatif netizen. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related