Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1712024952:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-142489
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"Agensi itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => sakau
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan sedang memantau semua agensi penguatkuasaan dari dekat bagi memastikan ia tidak
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 255
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751026644";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751026644
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 183836
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-142489
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Agensi penguatkuasaan dipantau rapat elak kecurangan, sakau: PM | Scoop

Agensi penguatkuasaan dipantau rapat elak kecurangan, sakau: PM

Agensi itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan sedang memantau semua agensi penguatkuasaan dari dekat bagi memastikan ia tidak terbabit kecurangan dan sakau.

Beliau berkata, agensi itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen (JIM).

“Saya harap sangat lah supaya kita dapat elakkan laporan kecurangan ini kerana majoriti berhasrat membuat kebaikan tapi kadang-kadang dia hidup dalam budaya yang begitu rupa.

“Budaya ini sakau semua jadi dia pun terpaksa lah dia kata,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Anwar berkata, budaya kecurangan dan sakau itu seperti mana situasi yang berlaku dalam politik.

“Saya pernah orang sebut pada saya, dia kata, you (kamu) Menteri Kewangan lama, tak akan Menteri Kewangan lama tak ada kumpul duit banyak-banyak, mungkin tak bijak langsung…

“Bagi dia kalau dah jadi Menteri Kewangan, jadi Perdana Menteri mestilah kumpul banyak, ini saya saja nak singgung begitu, gurau…” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, usahanya untuk menangani kecurangan dalam kalangan agensi dan perkhidmatan awam bukan bagi menunjukkan seolah-olah beliau adalah pemimpin sempurna.

Sebaliknya, beliau memaklumkan, usaha itu adalah bagi melakukan perubahan, sekali gus menyelamatkan Malaysia daripada amalan curang.

Menurutnya, beliau yakin dengan kekuatan semua kaum di Malaysia, ia boleh mewujudkan integriti dan tatakelola baik seperti dianjurkan agama.

“Saya tidak katakan bahawa saya ini sudah sempurna, saya juga ada kelemahan, tapi saya cuba sedaya upaya untuk membetulkan kesilapan lampau dan memang bukan mudah kerana serangan dari tauke besar.

“Orang-orang yang dah kumpul kekayaan berbilion, kuat, dia pengaruhi media sosial, boleh beli ramai orang, boleh pengaruhi dalam media sosial sebagainya dengan upah.

“Tapi saya kata tak ada makna saya jadi ketua, pimpinan kalau saya tidak sanggup hadapi risiko itu kerana saya nak selamatkan negara ini daripada amalan curang,” katanya. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related