Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah

Tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia

1:32 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada 8.30 pagi tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba menghampiri bot berkenaan.

“Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Che Engku Suhaimi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan. – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related