Ribut petir, hujan lebat dijangka landa empat negeri sehingga petang ini

Orang ramai yang mahu merancang perjalanan, terutama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan merujuk MetMalaysia untuk maklumat sahih dan terkini

12:52 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri sehingga jam 2 petang ini.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan; Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sarawak pula Kuching (Lundu), Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Mukah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mahu merancang perjalanan, terutama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan merujuk laman web: www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – 10 April, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related