PM pelawa rakyat rai bersama jamuan Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau juga akan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan

10:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri jamuan Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Selangor esok.

Perdana Menteri menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, beliau juga akan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

“Insya-Allah esok saya akan hadir ke Masjid Bandar Utama Batang Kali untuk jamuan Hari Raya dan solat Jumaat bersama-sama masyarakat setempat.

“Ayuh kita bersua dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dalam menyambut kemeriahan Syawal ini,” katanya.

Jadual Anwar sempena Aidilfitri padat, termasuk semalam beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya di Istana Negara.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan menteri Kabinet serta pasangan masing-masing.

Manakala hari ini, Perdana Menteri menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul di kediaman rasminya di sini.

Selepas menjalani ibadah puasa selama 29 hari, umat Islam menyambut 1 Syawal semalam. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Google published inaccurate USD/RM exchange rate, again: BNM

Bank Negara Malaysia today dismissed the inaccurate ringgit exchange rate data circulating on social media, which was based on an erroneous USD/RM exchange rate Diterbit by Google on Friday, Mac 15. 

No plans to license smaller social platforms, implement ID verification: Teo

Deputy communications minister says most cyber crimes happen on more prominent platforms, reiterates consultations were made and denies claims in AIC open letter

‘Why is Ebit Lew there?’ Viral umrah send-off video sparks controversy

Criticism grows as the controversial preacher, facing sexual offence charges, is seen sending off pilgrims at KLIA

Related