KUALA LUMPUR ā Malaysia sememangnya dikenali sebagai negara yang memiliki masyarakat berbudi bahasa tinggi dan saling bantu-membantu, terutama ketika sesuatu pihak berdepan kesusahan.
Sikap itu juga dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dan X, Amighuldeghaman menggunakan akaun @ricxxxkiddo, mengenai kemuliaan hati sebuah keluarga.
Menerusi video dikongsikannya, keluarga itu bertindak menawarkan tandas rumah mereka tanpa sebarang bayaran kepada orang ramai yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tetapi tidak tahan menggunakan kemudahan berkenaan.
āBagusnya tuan rumah ni. Memudahkan orang lain yang hadap jammed (kesesakan) tapi tak tahan nak pi (pergi) tandas.
āTerima kasih orang baik,ā menurut keterangan di video itu.
Melalui video berdurasi 36 saat itu, kelihatan seorang wanita daripada keluarga terbabit menulis tawaran berkenaan di atas sekeping plakad menggunakan pen marker.
āTandas free (percuma)! Masuk jerr (sahaja),ā tulisnya.
@r.nissss tandas free 2.0 2024š„° #jemraya #raya2024 #alamakrayalagi ⬠Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam
Plakad itu kemudian diletakkan di luar rumahnya berhampiran laluan kenderaan.
Malah, video itu turut memaparkan beberapa kenderaan berhenti untuk ke tandas rumah terbabit.
Video itu yang dimuat naik semalam sebelum tular di media sosial, ditonton 405,000 dan menerima 8,500 tanda suka di platform X setakat ini.
Berdasarkan ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan kebaikan keluarga itu, selain memuji dan mendoakan semoga rezekinya dimurahkan.
āSemoga owner (pemilik) rumah dimurahkan rezeki sepertimana mengalirnya air yang orang guna kat tandas,ā kata @al.masudynizam.
āNampak simple act of kindness (kebaikan kecil) tapi besar pahala tuan rumah, instead of (daripada) kenakan caj tapi dia harap dibayar dengan balasan rahmat dari Allah, semoga rezeki tuan rumah makin diberkati dan melimpah ruah serta diberi ganjaran syurga, insya-Allah,ā tulis @drac4ry5.
āYa Allah bagusnya, semoga dimudahkan urusan tuan rumah nanti,ā komen @Shah Haikal.
āAku nampak dia hidang air jugak, huhu,ā ujar @ZainaaalAbidin.
āSemoga dipermudahkan urusan tuan rumah selalu, sampai bila-bila orang ingat kenangan ni,ā kata @iamni_.
āBapak aku cerita dulu sebelum R&R (rehat dan rawat), memang ini amalannya, tumpang rumah strangers (orang tidak dikenali), nak tumpang toilet ke, kereta rosak ke, tak ada tempat nak bermalam ke, orang Melayu tak kisah terima tetamu, orang lalu depan rumah pun diajak samaā¦ā respons @Jinxdperson.
āTula kesian kalau orang ni tak ada, mana diaorang nak cari toilet (tandas),ā menurut @Xerralala.
āSatu saja nak pesan kalau dah ada orang offer (tawar) benda baik macam ni, lepas buang hajat tu tolong la cuci tandas tu elok-elok balik ya, macam mana awak masuk bau wangi dan bersih make sure (pastikan) keluar pun elok,ā kata Fathinzzzh.
āYezza, bagus, apa pun hati-hati, nanti ada yang ambil kesempatan dalam kebaikan, jirus @ flush lepas gunaā¦ā nasihat @opel_gemini. ā 15 April, 2024