Awie anggap diri ‘selfish’ jika beraksi tanpa Wings, ‘Ini konsert solo terakhir saya’

Beliau akan mengadakan konsert solonya di dua lokasi berbeza pada 17 Julai dan 3 Ogos depan

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah, pelakon dan penyanyi Wings, Datuk Awie mengakui pada awalnya dia agak keberatan untuk menjayakan konsert solonya kerana lebih mementingkan periuk nasi anggota lain dalam kumpulan itu.

Bercakap kepada Scoop, atas sebab itu, Awie berkata, konsert solonya, Dato’ Awie, Journey yang bakal diadakan di dua lokasi berbeza iaitu Star Theatre, Singapura (27 Julai) dan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Ogos depan akan menjadi konsert solo terakhirnya.

“Saya ada Wings. Saya ada sahabat yang perlu kita kerjasama untuk hidup. Jadi, bila saya buat konsert solo, saya rasa macam saya sangat selfish (pentingkan diri).

“Tapi, disebabkan ada pihak yang memujuk untuk saya bikin konsert solo dan lepas bincang semula bersama Wings berserta dengan adanya restu mereka, barulah saya setuju buat konsert ini.

“Lagipun ada perkara tertentu yang saya nak tonjolkan dalam konsert ini. Jadi, ini mungkin konsert solo terakhir saya sebab ada sembilan tahun bersama Wings sebelum kami mengambil keputusan untuk berehat,” katanya.

Awie (tengah) pada mulanya agak keberatan untuk menjayakan konsert solo itu kerana lebih mementingkan periuk nasi anggota Wings lain. – Gambar Ellyna Ali/Scoop, 16 April, 2024

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 55, konsert solonya itu diadakan kerana mahu memberikan laluan kepada Wings untuk berehat seketika sebelum penganjuran konsert ulang tahun mereka yang ke-40 pada tahun hadapan.

“Untuk menunggu ulang tahun ke-40 ini, kita tidak boleh push (terburu-buru). Wings keluar terlalu banyak sebab nanti kita tak tahu apa nak buat dalam konsert itu.

“Cuma yang kita tahu, kita mahu adakan konsert yang lebih besar dengan konsep dan penceritaan lebih menarik,” katanya.

Mengulas mengenai konsert solonya itu, Awie berkata, ia menceritakan mengenai perjalanan karier seninya selama 30 tahun.

“Saya dah setkan satu cerita. Yang mana ia takkan jadi konsert biasa. Susah nak buat. Tapi kita akan cuba untuk jadikan ia realiti. Tiada sebarang artis undangan yang akan ditonjolkan pada konsert ini nanti. Sebaliknya, saya akan persembahkan konsert ini sepenuhnya secara solo.

“Menariknya, ia mempunyai monolog dan saya akan pilih lagu solo nyanyian saya dan Wings yang ada kaitan dengan perjalanan dan liku-liku hidup saya sejak 1985. Ia mengenai bagaimana saya menjadi penyanyi rock n roll Malaysia sehinggalah sekarang.

“Apa sahaja yang berlaku anda akan dapat saksikan di layar LED dan juga di atas pentas. Malah akan ada pelakon yang kita panggil untuk lakonkan watak itu dan ia akan berlangsung tanpa henti. Saya akui susah nak buat, tapi kalau dapat buat memang best (seronok),” katanya. – 16 April, 2024

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related