Kes tembak KLIA: Hafizul tiba di PGU Subang, dibawa menaiki pesawat PDRM

Suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad lalu, Hafizul Harawi tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia, Subang, Selangor jam 2.15 petang tadi.

Hafizul, 38, dibawa menaiki pesawat milik PDRM dari Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Terdahulu suspek yang berbaju lokap ungu diiringi anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah PDRM sebaik tiba di PGU di sini.

Turut kelihatan di PGU ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman , Deputi Komisioner, Fadil Marsus.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Selepas 36 jam melarikan diri, Hafizul ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Md Isa yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related