Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1713367523:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 265
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 188758
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:148:"Umno Kelantan, katanya memandang serius dokumen afidavit yang ditandatangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno pada 9 April lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => umno kelantan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Umno Kelantan, katanya memandang serius dokumen afidavit yang ditandatangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno pada 9 April lalu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 75
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748662581";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748662581
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Umno Kelantan minta kerajaan jawab afidavit Zahid | Scoop

Umno Kelantan minta kerajaan jawab afidavit Zahid

Umno Kelantan, katanya memandang serius dokumen afidavit yang ditandatangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno pada 9 April lalu

11:25 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Umno Kelantan meminta kerajaan menjawab dan memberikan penjelasan dari sudut undang-undang berhubung afidavit yang ditandatangani Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tahanan dalam rumah ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini kerana rakyat perlu tahu mengenai pendirian kerajaan dalam isu itu dan supaya tiada lagi pertikaian oleh semua pihak.

Umno Kelantan, katanya memandang serius dokumen afidavit yang ditandatangi oleh Zahid selaku Presiden Umno pada 9 April lalu.

“Perkara ini sangat serius kerana responden akan dilihat mempermain titah Yang di-Pertuan Agong sekali gus menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat,’’ katanya dalam kenyataan.

Dalam afidavitnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu, Zahid mendakwa semasa mesyuarat di rumahnya di Country Heights, Kajang, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan kewujudan Titah Adendum itu.

Zahid turut mengesahkan Titah Adendum itu adalah tulen kerana tertera mohor diraja dan tandatangan bekas Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga mendakwa salinan dokumen itu adalah dalam milikan kolektif responden yang dinamakan dalam permohonan semakan kehakiman Najib, dengan Peguam Negara mengekalkan salinan asal.

Dalam pada itu, Zafrul memaklumkan beliau mahu mendapatkan nasihat undang-undang dan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi berhubung afidavit diikrarkan Zahid mengenai kewujudan Titah Adendum itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, permohonan tersebut bertujuan membolehkan beliau mendapat kebenaran mahkamah bagi memfailkan afidavit untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam dokumen tersebut.

Sementara itu, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil pada sidang media hari ini memberitahu Kabinet tidak membincangkan afidavit ditandatangani Timbalan Perdana Menteri itu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu “tidak dibincangkan” semasa mesyuarat Kabinet sebelum ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Najib bagi mencabar kewujudan perintah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Najib, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 17 April, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Related