Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1713512329:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 407
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 189286
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:66:"Hari raya mereka disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Mia Sara Shauki
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Hari raya mereka disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750942783";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750942783
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Sambut Aidilfitri bersama ibu tiri dan ibu kandung, Mia Sara rasa bahagia | Scoop

Sambut Aidilfitri bersama ibu tiri dan ibu kandung, Mia Sara rasa bahagia

Hari raya mereka disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Mia Sara Shauki, 24, mengakui dirinya langsung tidak berasa ‘kekok’ atau canggung apabila berkumpul menyambut Aidilfitri bersama ibu tirinya, Datin Marcella.

Bercakap kepada Scoop, Mia Sara mengakui bahagia apabila Aidilfitri turut menghimpunkan sekali bapa, Datuk Afdlin Shauki serta ibu kandungnya, Maria Christina Orow Abdullah.

Malah katanya, hari raya mereka disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan apabila dapat berkumpul bersama-sama untuk mengeratkan lagi ikatan dan hubungan kekeluargaan.

“Tiada apa lagi yang saya boleh cakap. Saya okey sahaja. Tiada apa-apa perasaan yang tidak enak. Memang raya tahun ini kami sangat happy dan menyambutnya bersama dengan meriah dan penuh selesa,” katanya sewaktu ditemui di sidang media filem Geng Kubur di GSC, Starling Mall, malam tadi.

Mengulas mengenai Marcella yang dahulunya hanya bekerja dengan bapanya, Mia berkata, dia menerima apa sahaja keputusan ibu bapanya, andai kata itu mampu membuatkan mereka gembira.

“Saya okey Marcella jadi ibu baru saya. Saya pun dah lama rapat dengan dia. Apa pun keputusan ibu bapa saya, saya terima.

“Sebagai anak, siapalah saya untuk halang kegembiraan mereka. Kalau bapa saya gembira dengan perkahwinan barunya, bagus untuk dia.

“Jika saya mengharapkan mereka gembira, saya percaya mereka juga mempunyai harapan yang sama untuk melihat saya gembira. Win-win situation,” katanya.

Dalam pada itu, Mia Sara berkata, dia bersikap profesional ketika bekerja apabila digandingkan bersama kekasih, Firdaus Sufiyan dalam filem Geng Kubur arahan Gavin Yap.

“Kami memang elakkan untuk menyentuh hal peribadi di lokasi. Kalau ada apa-apa perkara yang buatkan kami terasa, kami akan berbincang baik-baik dan berbual macam kawan.

“Senang cakap di lokasi, dia bukan teman lelaki. Kami profesional,” katanya.

Mia Sara juga mengakui tidak ambil peduli andai banyak pihak yang ingin mengambil tahu akan hubungannya dengan Firdaus selepas munculnya filem Geng Kubur di pawagam selepas ini.

“Kalau mereka nak ambil tahu, mereka boleh ambil tahu melalui media sosial. Tapi, saya tak mahu orang tengok filem dan mengaitkannya dengan kehidupan peribadi kami berdua.

“Saya nak orang tengok filem ini dan rasa ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Bukan disebabkan diri saya semata-mata tetapi juga kerana barisan pelakon lain yang tidak kurang hebatnya,” katanya.

Bagi menjayakan watak sebagai pelajar sekolah bernama Melati yang berkawan rapat dengan tiga rakan lelaki yang lain di dalam filem ini, Mia berkata, dia cuba menggunakan pengalamannya sewaktu zaman remaja.

“Waktu remaja saya, memang saya seorang yang sangat lasak dan berkawan dengan geng lelaki. Jadi untuk memegang watak Melati ini saya ambil inspirasi daripada diri saya yang dulu,” katanya. – 19 April, 2024

Topics

 

Popular

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related