Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1713602263:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 244
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 189579
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750930406";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750930406
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:147:"Seorang pelajar tingkatan dua yang merupakan pesakit jantung berlubang rebah, lalu meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa semalam";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => status kesihatan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seorang pelajar tingkatan dua yang merupakan pesakit jantung berlubang rebah, lalu meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah: JPNS | Scoop

Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah: JPNS

Seorang pelajar tingkatan dua yang merupakan pesakit jantung berlubang rebah, lalu meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa semalam

4:29 PM MYT

 

SEREMBAN — Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.

Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Bagi pihak kita, semua prosedur telah dibuat sebelum sebarang aktiviti dilaksanakan termasuk memastikan semua peralatan dan keadaan cuaca diambil kira oleh pihak sekolah. Kita mematuhi sepenuhnya panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Gentam, Kuala Pilah dekat sini yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, semalam.

Berhubung perkara itu, Roslan berkata siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta tidak gusar dengan sebarang tindakan dilakukan pihak sekolah kerana segala perubahan adalah bagi memastikan program pendidikan dilaksanakan dengan baik.

Beliau turut meminta supaya diberikan kepercayaan kepada guru kerana golongan itu sentiasa memastikan elemen keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum dan kurikulum sama ada di peringkat sekolah dan luar sekolah dipatuhi.

“Guru-guru telah diberikan panduan sewajarnya, JPNS juga sentiasa memastikan guru mematuhi Surat Pekeliling dan mana-mana yang didapati tidak patuh kepada peraturan berkenaan akan diambil tindakan tegas,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab semalam dilaporkan berkata keterangan bapa pelajar itu mendapati anaknya menghidap jantung berlubang pada 2016 dan mempunyai kad rawatan dari Institut Jantung Negara (IJN) selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related