Netizen cadang drama Curang dihasilkan, tampilkan Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah Yasmine

Netizen turut mencadangkan watak sampingan dibintangi Sophia Albarakbah, Muaz, Didi Astillah (adik Bella), Risteena serta Aisyah Aziz

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu pergolakan rumah tangga pelakon dan penyanyi Bella Astillah serta kisah kecurangan Aliff Aziz yang sebelum ini dilaporkan menjalin hubungan dengan 12 wanita termasuk Ruhainies serta Sarah Yasmine pada tempoh waktu sama, masih belum ada penghujungnya.

Bahkan, isu melibatkan mereka ini menjadi bertambah rumit apabila wanita dari Singapura, Sarah Yasmine mula mendedahkan perbualan Aliff bersama Ruhainies dan Sophia Albarakbah yang cukup menggemparkan sejak beberapa hari lalu.

Sarah Yasmine membuat pendedahan tersebut selepas mengakui kecewa ditipu dan dicurangi Aliff Aziz selepas pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies oleh pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sehubungan itu, netizen di aplikasi TikTok meminta agar produser drama tempatan menghasilkan drama bertajuk Curang yang menampilkan Bella, Aliff, Ruhanies serta Sarah Yasmine sebagai pelakon utama.

Mereka turut mencadangkan agar watak sampingan di dalam drama bersiri ini dibintangi Sophia Albarakbah, Muaz, Didi Astillah (adik Bella), Risteena, Aisyah Aziz, Siti Hafiza (ibu Aliff Aziz), Tom, Fuad Rahman, Erica, Caprice, Adira, Chacha Maembong dan Emma Maembong.

Antara komen lucu warga maya yang hampir setiap hari dihidangkan dengan kisah rumah tangga Aliff dan Bella. – Gambar tangkap layar, 27 April, 2024

Tidak hanya itu, netizen turut meminta agar Sajat ditampilkan sebagai penasihat Bella di dalam drama bersiri tersebut manakala nama Caprice dicadangkan kerana disifatkan layak menjadi ‘makcik bawang’ apabila melibatkan diri dalam isu Bella, Aliff, Ruhanies dan Sarah.

Topik perbualan ini mula menjadi hangat apabila seorang pengguna di aplikasi TikTok, @lin_8999 memuat naik poster drama bersiri Curang yang menampilkan wajah-wajah pelakon utama dan pelakon sampingannya.

Bahkan, dia turut memuat naik komen: “Kalau buat drama pun best. Mesti dapat kalahkan Sheriff (filem) itu. Drama sensasi – Curang. Tak pasti siapa lagi yang akan joint drama ini”.

Tindakan pengguna TikTok berkenaan membuatkan ramai netizen terhibur serta memberikan pelbagai komen-komen menarik.

Pengguna TikTok, @Metal Jaw pula memberikan komen: “Cerita ini lebih banyak plot twist daripada Sheriff”.

Komen Winzjay pula: “Pelakon watak utama dibenci, Ruhainies.”

Komen daripada @Maiya pula: “Tolonglah produser buat drama berdasarkan kisah benar”. – 27 April, 2024
 

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related