Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1714400196:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 289
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 192509
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Zed Zaidi juga mempertikaikan sikap netizen yang menyatakan mereka tidak menyukai penyondol, tetapi menyokong tindakan Sarah membuat pendedahan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zed Zaidi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Zed Zaidi mempertikaikan sikap netizen yang menyatakan mereka tidak menyukai penyondol, tetapi menyokong tindakan Sarah membuat pendedahan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751304893";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:2;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750993529";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751304893
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Diserang netizen kerana kecam pendedahan Sarah Yasmine, Zed Zaidi beri penjelasan, ‘aku terpaksa bersuara bila dia buat industri huru-hara’ | Scoop

Diserang netizen kerana kecam pendedahan Sarah Yasmine, Zed Zaidi beri penjelasan, ‘aku terpaksa bersuara bila dia buat industri huru-hara’

Zed Zaidi juga mempertikaikan sikap netizen yang menyatakan mereka tidak menyukai penyondol, tetapi menyokong tindakan Sarah membuat pendedahan

10:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyatakan dia tidak mempunyai sebarang isu dengan pendedahan dibuat Sarah Yasmine berhubung hubungan skandal membabitkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dengan Ruhainies.

Namun, pada masa sama, Zed Zaidi menyifatkan, tindakan Sarah mengaitkan beberapa artis tempatan lain di dalam kes itu, sebagai keterlaluan kerana menyebabkan industri hiburan tanah air hura-hara.

Perkara itu dijelaskan Zed Zaidi menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya selepas dia diserang netizen kerana menegur perbuatan Sarah.

“Aku nak jelaskan bila ada yang tanya kenapa aku serang minah (Sarah) tu, sedangkan apa dia dedahkan perkara betul.

“Satu perkara perlu aku jelaskan di sini, aku tidak mempunyai sebarang isu dengan pendedahan dibuatnya itu.

“Yang jadi isu adalah pada mulanya, dia hanya nak fokus pasal satu topik. Tapi, tiba-tiba masuk topik lain pula. Dia dedah sana, dedah sini. Dia tuding sana, tuding sini,” katanya.

Menurut Zed Zaidi, dia terpaksa bersuara kerana apa dilakukan Sarah itu membabitkan artis tempatan di bawah jagaannya.

“Lepas dia tuding-tuding jari semua tu, huru-hara terus industri aku ini. Semua itu aku nak kena handle (kendalikan) dan korang ingat benda itu semua mudah ke?” katanya.

Zed Zaidi juga menjelaskan kepada netizen mengenai empat dasar diperjuangkan Seniman di dalam persatuan terhadap artis di Malaysia.

“Empat dasar itu adalah memperjuangkan, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia. Sebab itu, aku ambil tanggungjawab ini,” jelasnya.

Malah, Zed Zaidi mempertikaikan sikap dan pendirian netizen yang menyatakan mereka tidak menyukai penyondol, tetapi pada masa sama menyokong tindakan Sarah membuat pendedahan.

“Lepas minah (Sarah) tu dedah sana sini, korang suka sebab dia jujur. Tapi, dia itu juga penyondol. Jadi maknanya, korang tak suka penyondol tapi dalam masa sama suka penyondol. Aku tak boleh brain (faham),” katanya.

Terdahulu, menerusi video, Zed Zaidi menyelar sikap Sarah kerana gemar membuka aib orang melalui segala pendedahan dibuat wanita itu.

“Buka aib orang, dia anggap hebat. Buka aib sendiri, itu dibanggakan. Mana maruah kau? Murah sangat maruah kau sampai kau tak tahu malu. Kesian mak bapa kau,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

Popular

Isa Samad corruption case: judge says prosecution presented conflicting narratives

The Court of Appeal today ruled that the prosecution in Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad’s corruption case involving RM3 million over the agency’s purchase of Merdeka Palace Hotel & Suites in Kuching, Sarawak, has presented two different narratives of its case.

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

A convenient fix or debt trap? Youth weigh in on buy now, pay later option

University students share benefits and drawbacks of using scheme, especially with limited budget

Related