Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1714634018:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 274
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 193296
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:"Beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => cuaca panas el nino
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752901898";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753019797";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:13;i:2;i:19;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753019797
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Cuaca panas dijangka berlarutan sehingga Julai: Nik Nazmi | Scoop

Cuaca panas dijangka berlarutan sehingga Julai: Nik Nazmi

Beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur

3:12 PM MYT

 

KOTA BHARU – Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, situasi berkenaan menyaksikan beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, terdapat juga ramalan mengatakan tahun ini merupakan tahun paling panas selepas 1998.

“Kali terakhir cuaca yang panas melanda negara ini adalah pada sekitar 1998 di Perlis sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor, di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan cuaca yang diterima, cuaca panas sudah mula beralih dan hujan akan mula turun dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

“Bagaimanapun, keadaan itu (cuaca panas) berkemungkinan berterusan sebulan atau dua bulan lagi dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan memantau perkara ini.

“Selain itu, kita juga akan memantau dan berjaga-jaga tentang jerebu dalam negara dan rentas sempadan kerana kami melihat beberapa kesan kebakaran melibatkan tanah gambut,” katanya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memantau paras air sekiranya perlu melakukan pembenihan awan. – Gambar Scoop, 2 Mei, 2024

Menurut Nik Nazmi, kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) untuk memantau paras air dan kemungkinan melaksanakan pembenihan awan jika perlu.

Beliau berkata, pembenihan awam tidak boleh dilakukan sesuka hati dan perlu mendapatkan panduan dan kerjasama daripada MetMalaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Kos untuk melakukan pembenihan awan adalah tinggi dan bergantung kepada faktor cuaca. Oleh itu, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini,” katanya.

Justeru, Nik Nazmi menyeru semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk minum air secukupnya dan memakai pakaian bersesuaian di sekolah susulan cuaca panas itu.

“Sebelum ini, memang ada terima beberapa kes strok haba melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa maka saya minta semua pihak berwaspada dengan cuaca yang terlalu panas,” katanya. – 2 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the second round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related