Indeks Kebebasan Media: Acuan Barat tidak sesuai untuk Malaysia

Masyarakat perlu faham bahawa perkara-perkara berkaitan 3R telah terlalu banyak dijadikan polemik dan perdebatan

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, acuan ditetapkan Barat dalam Indeks Kebebasan Media tidak bersesuaian untuk Malaysia khususnya penilaian berkaitan isu sensitif melibatkan 3R (raja, agama dan kaum).

Malah tegas beliau, ia juga harus disesuaikan dengan keadaan sensitiviti masyarakat di negara ini yang berbilang kaum, agama.

“Kita (Malaysia) ada raja-raja, kita juga ada soalan-soalan pada hemat saya disantuni oleh masyarakat, tak kira bangsa apa sekalipun. Analisis pakar yang melihat indeks yang digunakan Barat tidak sesuai dengan situasi semasa negara, analisis itu betul.

“Memang kita tidak boleh menggunakan acuab sesetengah negara itu untuk dijadikan sebagai piawaian kepada kita (negara ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengulas mengenai laporan Reporters Without Borders (RSF) mengenai Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang menyaksikan Malaysia jatuh 34 anak tangga.

Ahmad Zahid bersama Ketua Gabungan Penulis Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan Ketika merasmikan Kompleks Rumah Gapena di Jalan Belfield, Bukit Petaling hari ini. – Muharram Kasim/Scoop, 5 Mei, 2024

Ia sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-107 berbanding 73, tahun lalu.

Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.

Sebuah badan bukan kerajaan dalam kenyataan berkata, laporan RSF menyatakan bahawa penurunan kedudukan negara didorong oleh faktor tindakan kerajaan dalam menapis dan menyekat hantaran atau perkongsian yang menyentuh sentimen 3R.

Ahmad Zahid berkata, masyarakat perlu faham bahawa perkara-perkara berkaitan 3R telah terlalu banyak dijadikan polemik dan perdebatan.

“Pada hemat saya, harus terdapat keseimbangan dan biarlah tidak perlu perundangan untuk mengawal tetapi kita kawal diri terutama pernulis-penulis. Bukan secara semberono menulis apa sahaja.

“Untuk itu, pihak Kementerian Komunikasi selain Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi boleh melakukan sesuatu supaya soal kebebasan media dapat dikawal melalui kawalan diri penulis-penulis dan individu,” katanya.

Terdahulu beliau memberitahu, pihaknya akan membawa permohonan Gapena untuk mendapatkan hak milik kekal tanah sedia ada itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka memohon kerana tanah ini tanah Persekutuan yang disewakan kepada Gapena. Jadi mereka memohon hak milik kekal diberikan kepada mereka. Insya-Allah saya akan bawanya kepada Perdana Menteri,” katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related