Faisal Halim disimbah asid: Polis tahan seorang lagi suspek di Bangi

Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Bandar Baru Bangi pada lewat petang semalam

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lagi individu yang dipercayai terlibat kes menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurutnya, suspek yang berumur lewat 30-an ditahan di Bandar Baru Bangi pada lewat petang semalam.

Suspek, katanya, direman lima hari sehingga 11 Mei ini di Mahkamah Petaling Jaya.

Penahanan lelaki itu menjadikan dua individu ditangkap berhubung kes terbabit setakat ini.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an semalam yang dipercayai terlibat kes sama.

Dalam kenyataannya kepada Scoop, Hussein mengesahkan suspek pertama itu ditahan di Pandan Indah.

“Kita sudah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama dua hari sehingga esok (hari ini) di Mahkamah Petaling Jaya.

“Buat masa ini kita sudah merakam keterangan tiga individu, termasuk mangsa (Faisal).

“Suspek pertama ini telah dibebaskan tetapi ditahan semua kerana positif dadah,” katanya semalam mengenai perkembangan kes penahanan suspek pertama itu.

Hussein berkata, beberapa saksi dipanggil bagi melengkapkan siasatan polis berhubung insiden terbabit.

Kelmarin, Faisal disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara yang mengakibatkannya mengalami kelecuran tahap 4 di leher, bahu, lengan dan dada. – Gambar media social, 7 Mei, 2024

Kelmarin, negara dikejutkan dengan kes Faisal disimbah asid yang mengakibatkannya mengalami kelecuran tahap 4 di leher, bahu, lengan dan dada.

Insiden menimpa Faisal berlaku kurang seminggu dari kejadian samun dialami seorang lagi pemain kebangsaan dari Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, Akhyar Rashid sehingga mengakibatkannya cedera di kepala, kaki kiri serta lengan kiri, selain kerugian wang ribuan ringgit dan dihantar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dalam kejadian pada 2 Mei lalu itu, Akhyar, 25, yang baharu keluar daripada kenderaan dipukul dengan senjata dipercayai cota, sebelum suspek dikatakan merampas dompet serta telefon bimbit milik mangsa dan melarikan diri. – 7 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related