Siling bangunan JPJ Wangsa Maju bocor, operasi unit perdagangan di pintu 5 dan 2 dipindahkan

Tindakan awal diambil dengan mematikan suis elektrik di papan agihan dan memeriksa keadaan bumbung Unit Perdagangan

11:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Siling di Unit Perdagangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dekat Wangsa Maju telah mengalami kebocoran serius dan mengakibatkan limpahan air dari bumbung menerusi siling ke seluruh kawasan pejabat Unit Perdagangan (pintu 4).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, kejadian berlaku pada jam 2.10 petang tadi.

Menurut beliau, tindakan awal diambil dengan mematikan suis elektrik di papan agihan dan memeriksa keadaan bumbung Unit Perdagangan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, pihak JKR WPKL (Sivil) dijadualkan datang untuk membuat pemeriksaan lanjut pada jam 9 pagi esok bagi mengenal pasti punca berlaku limpahan air tersebut – Gambar Facebook JPJ Malaysia, 7 Mei, 2024

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat air bertakung kerana saluran air tersumbat yang menyebabkan air melimpah.

“Tindakan membersihkan saluran tersebut dilakukan dengan serta-merta bagi memastikan saliran air berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) juga telah hadir bagi memutuskan punca kuasa elektrik di Unit Perdagangan.

Katanya, pihak JKR WPKL (Sivil) juga dijadualkan datang untuk membuat pemeriksaan lanjut pada jam 9 pagi esok bagi mengenal pasti punca berlaku limpahan air tersebut dan memastikan tahap keselamatan pejabat untuk kembali beroperasi dan juga cadangan penambahbaikan.

“Pada masa yang sama pihak JPJ telah mengambil langkah awal dgn memindahkan operasi unit perdagangan di pintu 5 dan 2 bagi memastikan operasi unit ini tidak terganggu,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video dan gambar menunjukkan bumbung pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Wangsa Maju dekat sini bocor menyebabkan ruang pejabat dimasuki air hujan. – 7 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Dominic Lau to lodge police report over Twitter hack

Gerakan president Datuk Dominic Lau will be lodging a police report over the ostensible hack of his Twitter account.

Blame yourself for missing unity govt bus: Fahmi tells PN

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) can only blame itself for not being a part of the administration, as the coalition rejected the Yang di-Pertuan Agong’s proposal to form a unity government,...

Let Rukun Negara be our guide – Ravindran Raman Kutty

For those of you, dear Malaysians, who have forgotten our Rukun Negara, I would like to remind everyone of them… these words of gold were the basic tenets of national unity.

Related