Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715408669:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 175
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 196602
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:77:"Bidaan itu ditawarkan lima hari dan boleh dibuat secara dalam talian JPJ eBid";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => JPJ
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan siri nombor pendaftaran kenderaan FFF dibuka untuk bidaan bermula hari ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 66
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750750242";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750998120";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750998120
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Nombor pendaftaran FFF dibuka untuk bidaan mulai hari ini | Scoop

Nombor pendaftaran FFF dibuka untuk bidaan mulai hari ini

Bidaan itu ditawarkan lima hari dan boleh dibuat secara dalam talian JPJ eBid

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan siri nombor pendaftaran kenderaan FFF dibuka untuk bidaan bermula hari ini.

Agensi itu memaklumkan, bidaan ditawarkan menerusi platform dalam talian JPJ eBid, dibuka lima hari hingga jam 10 malam, 15 Mei 2024.

Menurutnya, keputusan mengenai bidaan itu akan diumumkan pada 16 Mei.

“Untuk membida sila layari jpjebid.jpj.gov.my,” katanya menerusi pengumuman di Facebook.

Tawaran siri nombor pendaftaran FFF itu mengujakan netizen dengan rata-rata memberikan pelbagai pandangan.

“Betul apa yang aku jangkakan FFF ni,” kata Ridzuan.

“Saya akan tunggu untuk FFFF,” tulis seorang pengguna.

“Aku dah beli FF sempena nama aku Fifi, ini FFF pulak, apa seh” komen Pippy.

Ada segelintir netizen membuat pautan komen ke akaun rakan, termasuk bertanya sama ada mereka ingin membida siri nombor baharu berkenaan.

“Terus teringat kat kau weih, bid lah,” kata Suraini dengan membuat pautan ke akaun rakannya.

“Tak mahu try (cuba) ke eh, mana tahu untuk koleksi terbaru, hehe,” ujar seorang individu kepada rakannya.

“Lawa la huruf ni,” kata Ahmad ke akaun rakannya, Atiqah.

Manakala, ada netizen seolah-olah kecewa kerana JPJ tidak menawarkan nombor siri FG dan terus ‘melompat’ ke FFF, memandangkan terdahulu agensi itu memperkenalkan bidaan FF.

“La bila nak FG,” kata Azizul

“Adoi, sepatutnya FG, tapi FFF pula yang mendahului,” luah Mie.

“FG tak keluar ke tahun ini,” kata netizen lain.

Pada 14 hingga 19 Mei tahun lalu, JPJ menawarkan nombor pendaftaran FF yang menerima sambutan cukup menggalakkan dan pembida teramai dalam sejarah, dengan merekodkan kutipan hasil bidaan secara dalam talian paling tinggi membabitkan nilai keseluruhan RM34.3 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, siri FF amat diminati kerana trend menunjukkan orang ramai sangat meminati (nombor pendaftaran) dengan gandaan abjad sama.

Januari lalu pula, JPJ membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI), iaitu siri GOLD, sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim diumumkan sebagai pembida nombor pendaftaran FF1 dan GOLD 1, masing-masing bernilai RM1.2 juta serta RM1.5 juta. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related