Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715421412:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 228
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 196693
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:130:"Menurut Altimet, andai masyarakat ingin melihat Malaysia menjadi negara benar-benar maju, industri kreatif hiburan juga harus maju";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => cetak rompak digital
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tiada penyelesaian untuk menangani isu cetak rompak digital dalam industri kreatif Malaysia, kecuali dengan mendidik dan memberi
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748438656";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748633105";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748078410";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748186360";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748633105
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Isu cetak rompak digital ‘hancurkan’ nilai industri, cetus kemiskinan bakat jika tidak dibanteras: Altimet | Scoop

Isu cetak rompak digital ‘hancurkan’ nilai industri, cetus kemiskinan bakat jika tidak dibanteras: Altimet

Menurut Altimet, andai masyarakat ingin melihat Malaysia menjadi negara benar-benar maju, industri kreatif hiburan juga harus maju

5:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada penyelesaian untuk menangani isu cetak rompak digital dalam industri kreatif Malaysia, kecuali dengan mendidik dan memberi kesedaran secara konsisten kepada masyarakat mengenai kepentingan menghormati harta intelek pengkarya tempatan.

Perkara ini ditekankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sewaktu diwawancara Scoop pada Program Sembang Santai Dengan YB Altimet di Karnival 25 tahun Keadilan di Sentul Depot di sini, tengah hari tadi.

Syed Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pentas Altimet sewaktu bergiat aktif sebagai penggiat seni berkata, isu cetak rompak digital jika tidak ditangani atau dibanteras habis-habisan bukan sahaja akan memberi impak buruk dari sudut ekonomi, malah kepada nilai hiburan serta mencetuskan kemiskinan bakat.

“Pengguna mahu menikmati karya atau hasil karya seni berterusan. Namun, untuk itu, kita kena memikirkan hari esok. Kalau kita tidak sokong industri kreatif dengan (sanggup) menikmati karya cetak rompak, ia mengurangkan pendapatan syarikat penerbitan dan pengkarya.

“Dan secara tidak langsung, ia akan mengurangkan hasil pendapatan orang di belakang tabir yang menyumbang kepada penghasilan karya seni ini tadi, misalnya pengusaha katering serta pemandu barangan.

“Andai kata hasil pendapatan berkurangan, khususnya untuk syarikat penerbitan dan pengkarya, ia akan menjejaskan kualiti karya (disebabkan bajet berkurangan) dan secara tidak langsung, nilai hiburan sering kita perolehi daripada karya ini juga akan berkurangan,” katanya.

Altimet yang menceburi politik secara serius dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2021 berkata, ramai bersungut mengenai kualiti dan nilai hiburan sesebuah karya seni zaman sekarang yang didakwa tidak setanding dengan era sebelumnya.

“Tapi, adakah kita tahu sebabnya. Kadangkala kita tidak sedar bahawa pengurangan kualiti dan nilai hiburan itu tercetus dari sudut pengurangan pendapatan serta kemiskinan bakat.

“Ramai sebenarnya orang berbakat, tetapi mereka terpaksa mencari sumber rezeki atau pekerjaan tetap lain kerana tidak boleh cari makan di dalam industri kreatif ini.

“Mengapa? Jawapannya kerana pengurangan pendapatan dan apabila mereka yang berbakat ini bekerja di dalam sektor lain, ia mewujudkan kemiskinan bakat serta itulah situasi sedang kita hadapi,” katanya.

Jelas Altimet, andai masyarakat ingin melihat Malaysia menjadi negara benar-benar maju, industri kreatif hiburan juga haruslah maju.

“Jika industri kreatif hiburan maju, semua sektor turut maju. Perkara ini bukan sahaja berlaku di barat tetapi juga di Asia.

“Kita selalu ingin jadi hebat seperti Korea (dari sudut industri kreatif). Tetapi mereka sendiri ambil masa lebih 10 tahun untuk memajukan industri kreatif hiburan mereka dan kalau kita menonton drama mereka, pernahkah mereka menggunakan kereta buatan negara lain? Pernahkah kita melihat Blackpink memegang telefon jenama negara lain dalam iklan atau muzik video mereka?

“Tetapi semua itu tidak akan dapat dicapai, jika kita tidak mengubah mentaliti masyarakat kita dan memahamkan mereka mengenai kesan cetak rompak digital atau harta intelek ini, terhadap penggiat seni serta industri kreatif hiburan dari sudut jangka masa pendek dan panjang.

“Ini perkara pertama kita kena ajar dan maklumkan, daripada pihak atasan hingga bawahan, daripada pekerja profesional hingga pekerja biasa. Kena timbulkan kesedaran mengenai isu cetak rompak digital dan kepentingan melindungi harta intelek, jika kita ingin maju sebagai negara dan satu bangsa,” katanya.

Altimet sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai isu cetak rompak digital yang semakin menular, sehingga meminta agar semua pihak komited dalam usaha memerangi jenayah harta intelek berkenaan. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

Kajang crime rate drops 13.5% thanks to community efforts: police chief

Resident associations, police efforts in crime prevention programmes prove highly effective, says Datuk Hussein Omar Khan

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Related