Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1715613135:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 197434
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:153:"Malaysia, merupakan antara negara yang lantang mengutuk kekejaman Zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => palestin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Malaysia, merupakan antara negara yang lantang mengutuk kekejaman Zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 155
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753099994";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:13;i:1;i:12;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753099994
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel | Scoop

Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel

Malaysia, merupakan antara negara yang lantang mengutuk kekejaman Zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat

11:12 PM MYT

 

DOHA — Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar hari ini, membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.

Anwar, dalam satu hantaran di X berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

“Dalam hal ini, negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian ini,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Malaysia, merupakan antara negara yang lantang mengutuk kekejaman Zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Semalam, Malaysia dan Qatar sepakat menekankan kepentingan gencatan senjata segera yang kekal antara Hamas dan Israel, serta kepentingan rundingan yang sedang berlangsung dalam usaha menamatkan keganasan yang berlaku di Palestin.

Pertempuran antara Palestin dan rejim Zionis, yang kini memasuki tempoh lebih tujuh bulan sejak 7 Oktober tahun lepas, kian memuncak dengan pencerobohan terbaharu Israel ke atas Rafah, meragut lebih 35,000 nyawa rakyat Palestin sehingga kini.

Terdahulu, Perdana Menteri dirai dalam satu sambutan rasmi di Amiri Diwan, dewan pentadbiran kerajaan Qatar, sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Barat itu.

Beliau disambut Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, dengan pertemuan keduanya berlangsung selama kira-kira 30 minit disusuli pertemuan dengan rakan sejawatan Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani. 

“Pertemuan atas jemputan Sheikh Tamim ini terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik, yang telah pun mencecah 50 tahun. 

“Turut dibincangkan ialah kerjasama dua hala dan mempermudahkan pelaburan serta pendidikan tinggi, yang kemudiannya telah disentuh secara mendalam ketika pertemuan dengan Sheikh Mohammed, yang juga Menteri Luar Negeri,” kata Anwar dalam hantaran tersebut. 

Delegasi Anwar kemudiannya diberi penghormatan jamuan rasmi negara yang dihoskan oleh Sheikh Mohammed. – 13 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Uncertainty looms over Malaysia Purple League revival, BAM awaits organiser’s proposal

The revival of the Malaysia Purple League (MPL) remains uncertain as the Badminton Association of Malaysia (BAM) has yet to receive any proposals from the organisers.

[UPDATED] Federal Court rules Hadi remains Marang MP

PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang remains as Marang MP with the Federal Court’s dismissal today of a Barisan Nasional candidate’s appeal. 

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

Related