PDRM siasat menyeluruh serangan Balai Polis Ulu Tiram, pertingkat keselamatan tahap maksima: Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keamanan dan ketenteraman awam menjadi keutamaan PDRM

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang menyebabkan dua anggota terkorban, secara menyeluruh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia kerana keamanan dan ketenteraman awam menjadi keutamaan pihak berkuasa negara itu.

“PDRM sedang dan akan mengambil semua langkah dalam menyiasat kejadian ini.

“Keamanan dan ketenteraman awam keutamaan kami. Mohon doa dari semua,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi hantaran di media sosial itu, Saifuddin turut memaklumkan beliau sudah berlepas ke Johor Bahru menaiki penerbangan untuk urusan solat jenazah mangsa terkorban dan menziarahi anggota cedera, dengan memaparkan foto beliau berada di dalam pesawat.

“Seawal 6.30 pagi penerbangan menuju Johor Baharu. Tujuan solat jenazah anggota polis terkorban dan ziarah yang cedera peristiwa serangan Balai Polis Ulu Tiram,” katanya.

Negara dikejutkan dengan kejadian dua anggota polis maut, manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada media.

Menurutnya, insiden pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek, katanya, turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Dua anggota terkorban yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, iaitu anggota prowler di balai polis berkenaan.

Ahmad Azza Fahmi ditetak di belakang leher dan kepala, manakala Muhamad Syafiq ditembak di perut dan lengan.

Mangsa cedera adalah anggota Unit Cegah Jenayah (RCJ), Koperal Mohd Hasif Roslan yang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor akibat ditetak di bahu serta pinggul kiri dan dilaporkan stabil.

Susulan insiden itu, tujuh individu yang ditahan akan direman esok bagi membantu siasatan polis.

Perkara itu disahkan Razarudin ketika dihubungi Scoop.

Terdahulu, Saifuddin melahirkan perasaan terkejut dan sedih dengan insiden terbabit.

Beliau menegaskan, aspek keselamatan akan terus dipertingkatkan pada tahap maksima di semua lokasi berisiko.

“Saya mewakili seluruh keluarga besar KDN (Kementerian Dalam Negeri) mengutuskan salam takziah kepada dua anggota terkorban dalam insiden semalam.

“Saya juga mendoakan semoga afiyah dan kesembuhan segera buat Koperal Mohd Hasif Roslan yang mengalami kecederaan akibat ditembak,” katanya. – 18 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related