Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1716183976:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 180
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 199517
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:170:"Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, keterangan 10 lelaki dan lima wanita itu diambil selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => mi segera
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => %%excerpt%% Datuk Yahaya Othman berkata, keterangan 10 lelaki dan lima wanita itu diambil selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750963254";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750963254
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Masak mi segera di stesen minyak: Keterangan 15 individu selesai dirakam | Scoop

Masak mi segera di stesen minyak: Keterangan 15 individu selesai dirakam

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, keterangan 10 lelaki dan lima wanita itu diambil selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sudah selesai merakam keterangan 15 individu yang terlibat dalam aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, keterangan 10 lelaki dan lima wanita itu diambil selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin.

“Polis menahan mereka sebaik hadir ke IPD Bentong sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakamkan.

“Kertas sisatan sedang dilengkapkan, polis akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan mengenai tindakan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang, seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung klip video berhubung aktiviti berkenaan.

Menurutnya, ia dipercayai dilakukan sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, Scoop melaporkan mengenai tindakan sekumpulan individu yang memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands sehingga mengundang kemarahan ramai.

Ia bukan sahaja mengancam keselamatan ramai malah melanggar prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related