Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1716343333:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 228
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 200277
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:156:"Syarikat katering terlibat perlu menyediakan 42 jenis menu berbeza sepanjang musim haji kali ini untuk makan tengah hari dan malam bagi jemaah haji muasasah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Tabung Haji
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => TH menetapkan syarikat katering terlibat menyediakan 42 jenis menu berbeza sepanjang musim haji kali ini untuk makan tengah hari dan malam
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748450631";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748755303";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:18;i:1;i:5;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748755303
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
TH peruntuk SAR30 juta untuk kos makanan jemaah haji tahun ini | Scoop

TH peruntuk SAR30 juta untuk kos makanan jemaah haji tahun ini

Syarikat katering terlibat perlu menyediakan 42 jenis menu berbeza sepanjang musim haji kali ini untuk makan tengah hari dan malam bagi jemaah haji muasasah

9:58 AM MYT

 

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan SAR30 juta (kira-kira RM37.54 juta) bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini, kata Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Tabung Haji berkata, biarpun terdapat peningkatan kos bahan mentah dan kenaikan harga bahan api yang menyebabkan berlaku peningkatan kos pengangkutan, namun kos ditanggung TH tetap sama berikutan perjanjian jangka masa panjang yang ditandatangani oleh pihak penyedia makanan.

“Kalau kita lihat kos untuk penyediaan makanan setiap tahun meningkat sebab harga bahan-bahan mentah naik dan jika kita teliti, bahan mentah yang digunakan, ada yang diimport dari luar negara (luar dari Arab Saudi).

“Selain itu kos penghantaran turut meningkat termasuk percukaian dan pihak kerajaan (Arab Saudi) berkuasa untuk menentukan ada proses-proses dan kemudahan tertentu perlu ditambah baik untuk meningkatkan standard (penyediaan makanan), menyebabkan pihak katering juga perlu mematuhinya, dan ini semua melibatkan kos.

“Hal ini menjadi satu perkara yang mencabar untuk TH bagaimana hendak menangani kenaikan kos dan dalam masa sama menyediakan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji,” katanya kepada petugas media selepas mengadakan lawatan di tiga buah dapur penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia di sekitar Makkah hari ini.

Beliau berkata, TH telah menyaring dan meneliti sebelum memilih lapan syarikat katering tempatan yang mempunyai lesen dan sijil diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi bagi menyediakan makanan berkhasiat serta bersih untuk jemaah haji.

Lapan syarikat penyedia makanan itu terdiri daripada enam di Makkah iaitu Al Wafa Catering, Al Salmi Catering, Nakha Alia Catering, Mohsen Mohd Al Amoudi Catering (Retaj Restaurant), Fawzy Abo Rozeyza (Makkah Kitchen) dan Tadco Catering.

Dua lagi syarikat adalah di Madinah iaitu Edarah Company For Hotel Management & Operation dan Ahmed Mohamed Zuhdi Company for Management & Operation of Tourist Accommodation.

Keutamaan kontrak katanya, diberikan kepada syarikat penyedia makanan yang memenuhi piawaian antarabangsa dalam soal pengurusan keselamatan iaitu Hazard Analysis and Critical Control (HACCP) iaitu amalan terbaik dalam industri penyediaan makanan.

Pengarah Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, biarpun terdapat peningkatan kos bahan mentah dan kenaikan harga bahan api, namun kos ditanggung TH tetap sama kerana perjanjian jangka masa panjang yang ditandatangani oleh pihak penyedia makanan. – Riduan Ahmad/Scoop, 22 Mei, 2024

“Sebelum beroperasi mereka juga melalui proses saringan penilaian ketat oleh kerajaan Arab Saudi yang memerlukan mereka memohon menerusi pejabat Gabenor Makkah dan Bandaraya Makkah, Jabatan Alam Sekitar, pejabat penguat kuasa selain perlu mendapat sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, ” katanya yang juga  Pengarah Eksekutif Tabung Haji.

Syed Salleh berkata, pada masa sama, untuk memastikan kualiti makanan berada di tahap terbaik, TH menerusi Unit Katering daripada TH Travel bersama Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan (KKM) turut melakukan pemeriksaan terhadap dapur yang digunakan.

Ia termasuk pemeriksaan fizikal tempat digunakan seperti tempat penyimpanan barang, tempat untuk memotong bahan mentah dan tempat penyediaan makanan untuk memastikan tahap kebersihannya selain memeriksa sistem perparitan, sistem pengurusan sisa serta peralatan digunakan.

Bagi memastikan kualiti makanan berada di tahap terbaik, TH menerusi Unit Katering daripada TH Travel bersama Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap dapur yang digunakan. – Gambar Tabung Haji, 22 Mei, 2024

Sementara itu, Syed Salleh berkata, sebanyak 3.2 tan beras digunakan untuk menyediakan hidangan tengah hari dan makan malam kepada jemaah haji setiap hari beserta lima tan protein dan 2.5 tan sayur.

Dari segi variasi menu makanan pula, TH menetapkan syarikat katering terlibat menyediakan 42 jenis menu berbeza sepanjang musim haji kali ini untuk makan tengah hari dan malam bagi jemaah haji muasasah.

Makanan disediakan kemudian dihantar ke tempat penginapan jemaah haji dalam kotak pemanas dengan menggunakan kenderaan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu mempunyai sistem pengesanan global. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Muda’s asset rankings: Kalyana, Siva Prakash revealed as wealthiest candidates

Two of Muda’s candidates for the six state elections, Kalyana Rajasekaran Teagarajan and R. Siva Prakash, appear to have the most assets compared to other hopefuls from the youth-based party.

Related