Skuad beregu negara lakar sejarah, julang Piala Dunia Sepak Takraw pertama

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Skuad beregu negara melakar sejarah selepas berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia pertama di Stadium Titiwangsa malam ini.

Atmosfera menggerunkan yang dicipta penyokong negara membuatkan skuad beregu Thailand tersungkur dalam aksi final.

ISTAF Sepaktakraw World Cup Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa
Aksi menarik duo negara, Noraizat (kiri) dan Aidil Aiman selepas berjaya memungut mata ketika bertemu Thailand di ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 22 Mei, 2024

Sorakan lebih 1,000 penonton yang hadir membuatkan beregu Thailand yang diwakili h Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut bermula dengan gugup, kerap menghantar servis ke jaring.

Duo negara Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin mengambil kesempatan ke atas kegugupan mereka dan bermula dengan garang mendahului 10-4.

Namun, Tubtong dan Sareebut mengejar kembali dan merapatkan jurang mata sehingga seri 14-14, tetapi Aidil Aiman dan Noraizat berjaya menamatkan saingan set pertama dengan kemenangan 17-16.

ISTAF Sepaktakraw World Cup Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa
Suasana girang bercampur air mata antara pemain dan pegawai pasukan sebaik pasukan negara menamatkan saingan sengit sehingga berjaya menewaskan Thailand di Perlawanan Beregu akhir ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 22 Mei, 2024

Set kedua bermula sengit dengan perlawanan terikat 4-4, tapi titik perubahan hadir bila Noraizat menghalang bola dari rejaman Sareebut dan memberikan mata pendahuluan kepada beregu negara.

Aidil Aiman dan Noraizat meneruskan rentak cemerlang mereka dan menamatkan saingan set kedua 15-13, sekali gus menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia pertama negara dalam acara beregu.

Dalam pada itu, Adil Aiman memberitahu dia dan Noraizat tidak berasa tertekan bermain di hadapan peminat kerana mendapat sorakan yang mantap.

“Ini persembahan terbaik Malaysia lawan dengan Thailand, kami kurang buat kesilapan malam ini dan saya berasa bersyukur dengan kemenangan ini.

“Saya dan Noraizat boleh kawal (emosi kami) dan tenang menghadapi first ball Thailand.

“Seksan pernah melatih kami dan kami pernah sparing dengan dia, jadi dari situ kami boleh membaca permainannya.

“Saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya sekarang tapi saya sangat gembira dengan kemenangan malam ini,” katanya. — 22 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related