8 daripada 16 rakyat Malaysia yang terlibat gelora udara penerbangan SQ321 sudah pulang ke tanah air

Sorang penumpang yang cedera dalam insiden gelora udara ekstrem itu sudah dibenarkan keluar hospital dan menunggu proses dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat

8:32 PM MYT

 

SHANGHAI – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

Beliau berkata, seorang penumpang yang cedera dalam insiden gelora udara ekstrem itu sudah dibenarkan keluar hospital dan menunggu proses dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Tujuh lagi rakyat Malaysia, masing-masing dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan di Hospital Samitivej Sukhumvit sudah dipindahkan ke wad biasa dan berada dalam keadaan stabil.

“Seorang lagi rakyat Malaysia yang juga kru pesawat SQ321 SIA dan turut terjejas dalam insiden berkenaan akan melakukan penerbangan ke Singapura, hari ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohamad berkata, Kementerian Luar melalui Pejabat-pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Bangkok akan terus memantau perkara itu dan sedang berusaha membantu semua mangsa terlibat terutama bagi mempermudah urusan pulang ke tanah air.

Sebelum ini, dilaporkan pesawat SIA penerbangan SQ321 membawa 211 penumpang dan 18 kru itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila mengalami gelora udara ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam sejurus berlepas, pada 21 Mei lepas.

Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER itu ke Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 3.45 petang waktu tempatan.

Seorang penumpang maut dan ramai lagi cedera dalam insiden itu.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, kementerian belum menerima sebarang maklum balas mengenai jemaah dari Malaysia diarah meninggalkan Makkah, Arab Saudi susulan tidak memiliki dokumen lengkap mahupun visa haji.

“Malawakil di Riyadh dan Jeddah sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama Lembaga Tabung Haji. Kita sentiasa bersedia memberikan bantuan konsular bagi mempermudah pergerakan jemaah Malaysia jika berlaku sebarang perkara luar jangka,” katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed Ogos 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related